Home Ekonomi Jualan kenderaan bermotor baharu meningkat 2.1 peratus pada 2024
Ekonomi

Jualan kenderaan bermotor baharu meningkat 2.1 peratus pada 2024

Industri automotif Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada 2024, dengan Jualan Keseluruhan Industri (TIV) meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 816,747 unit / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Industri automotif Malaysia mencatat pertumbuhan positif pada 2024, dengan Jualan Keseluruhan Industri (TIV) meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 816,747 unit, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 799,821 unit pada 2023.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata pertumbuhan itu didorong oleh prestasi cemerlang subsegmen kereta penumpang serta faktor ekonomi dan sosiopolitik yang stabil.

Menurut beliau, ekonomi domestik yang kukuh dan kadar dasar semalaman (OPR) yang kekal pada 3 peratus sejak Mei 2023 turut menyumbang kepada pencapaian tersebut.

“Persekitaran sosiopolitik yang stabil, kadar pengangguran terendah dalam dekad ini pada 3.2 peratus, serta jumlah pesanan tertunggak yang tinggi dari tahun sebelumnya menjadi antara pemacu utama pertumbuhan,” katanya pada sidang media pencapaian industri automotif Malaysia 2024, di sini.

Mohd Shamsor turut menyatakan pelancaran model baharu yang mendapat sambutan baik serta strategi jualan dan promosi agresif oleh pengeluar peralatan asal (OEM) dan pengedar telah memberi impak positif kepada prestasi TIV.

“Keupayaan industri dalam menawarkan produk yang relevan dengan kehendak pasaran menjadi kunci kejayaan ini,” tambahnya.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...