Home Ekonomi Jualan EV ASEAN Melonjak, Malaysia Antara Peneraju Prestasi – Maybank Investment
Ekonomi

Jualan EV ASEAN Melonjak, Malaysia Antara Peneraju Prestasi – Maybank Investment

Jualan EV ASEAN Melonjak, Malaysia Antara Peneraju Prestasi – Maybank Investment

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 1 Ogos(Livevartha) –ASEAN menyaksikan lonjakanjualan kereta elektrik (EV) diMalaysia, Indonesia, dan Vietnammanakala Thailand pula menunjukkan prestasibercampur-campur, demikian menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank Investment).

Bank pelaburan itu berkata peraturan yang positif, jenama tempatan dan penembusan pengeluarkereta China akan memacu jualan yang lebih tinggi.

"Kami lebih memilihsyarikat ASEAN yang bekerjasama dengan pengeluarkereta China untuk pembuatan dan jualan, sertasyarikat rantaian nilai bateri,” katanyadalam satu nota penyelidikanhari ini.

Maybank Investment berkata jualan EV di ASEAN meningkat daripada asas rendah pada separuh pertama 2024di kebanyakan pasaran.

“Malaysia melaporkanpendaftaran kereta EV meningkat sebanyak 142 peratus tahun ke tahun kepada 10,663 kereta elektrik sepenuhnya pada separuh pertama 2024.

"Indonesia pula melaporkan lonjakan jualan sebanyak 104 peratuskepada 11,943 unit EV, manakala Singapura mencatatkan peningkatan218 peratus kepada 6,019 unit EV, mengatasi angka 2023.

"Thailand pula mencatatkanpermulaan yang kukuhpada Januari 2024," katanya.

Di peringkatglobal, Maybank Investmentberkata jualan EV meningkat sebanyak 24 peratus kepada 6.7 juta unit pada separuh pertama 2024, atau 21 peratus daripada jumlah jualan kereta keseluruhan.

"Jualan EV sepenuhnya perlahan kepada +13.9 peratusmanakala kereta hibrid yang boleh dicasmeningkat dengan pesat sebanyak +59 peratus.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit meningkat berbanding dolar AS berikutan prospek positif Belanjawan 2025

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Ekonomi

Belanjawan 2025: LKIM harap pacu transformasi Sektor Perikanan

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil menyantuni nelayan yang berniaga ikan/Foto FB Faiz...

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion
Ekonomi

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengumumkan pembekal Malaysia mencatatkan...

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau
Ekonomi

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau

HAIRIL Yahri Yaacob pada majlis pelancaran Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan...