Home Ekonomi JS-SEZ tarik pelaburan, lancar pergerakan Malaysia, Singapura
Ekonomi

JS-SEZ tarik pelaburan, lancar pergerakan Malaysia, Singapura

JS-SEZ tarik pelaburan, lancar pergerakan Malaysia, Singapura

Kesesakan lalulintas di Tambak Johor terutama pada hujung minggu berikutan kira-kira 100,000 rakyat Singapura masuk ke Johor Bahru untuk membeli-belah terutama pada hujung minggu.

PETALING JAYA: Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menarik pelaburan dan melancarkan pergerakan barangan dan rakyat antara kedua-dua negara, menurut AmInvestment Bank.

Firma penyelidikan itu berkata, pihaknya positif terhadap pengumuman kerajaan Malaysia dan Singapura merancang untuk bersama-sama membangunkan zon ini bagi menjadikannya tempat yang kompetitif dan menarik untuk menarik projek pelaburan baharu dari seluruh dunia.

“Namun, butiran mengenai insentif dan pelaksanaan masih kurang jelas pada peringkat ini.

“Dengan lebih banyak pelaburan yang dijangka masuk ke dalam JS-SEZ, ini akan menterjemahkan kepada aktiviti yang kukuh di negeri Johor yang kami percaya akan memberi manfaat kepada sektor hartanah,” katanya dalam nota penyelidikan.

Antara semua syarikat hartanah yang berada di bawah AmInvestment Bank, UEM Sunrise dijangka menjadi penerima manfaat terbesar kerana tanah yang luas di Johor.

JS-SEZ akan meliputi 3,571 kilometer (km) merangkumi enam bandar dan pekan di Johor Selatan termasuk Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai, Pontian dan Pengerang. Sembilan zon utama telah dikenal pasti iaitu, Pusat Bandar JB, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas – Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai, Sedenak, Forest City, Kompleks Petroleum Terpadu Pengerang dan Desaru.

Menurut AmInvestment Bank, JS-SEZ bertujuan untuk memulakan 50 projek bernilai tinggi dan mewujudkan 20,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam lima tahun akan datang.

“Selama dekad berikutnya, JS-SEZ menyasarkan untuk melaksanakan 100 projek bernilai tinggi. Gelombang pertama pelabur dijangka akan datang daripada syarikat global yang ingin menguruskan risiko geopolitik. Sektor-sektor fokus termasuk logistik, teknologi (terkait dengan pusat data dan elektronik canggih), petrokimia, pelancongan dan peralihan tenaga,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, bagi menggalakkan pelaburan ke dalam JS-SEZ, kerajaan merancang menawarkan insentif seperti kadar cukai korporat khas untuk syarikat yang melaksanakan pelaburan baharu dalam aktiviti berasaskan pertumbuhan dan nilai tambah yang tinggi.

“Ini termasuk kadar cukai pendapatan peribadi khas, insentif cukai untuk pemindahan ke Malaysia dan teknologi hijau, status perintis dan elaun cukai pelaburan serta insentif hab perkhidmatan global.

“Dari segi pembiayaan, kerajaan Malaysia merancang untuk menubuhkan dana untuk sokongan infrastruktur bagi memperbaiki pengangkutan awam dan infrastruktur di Johor, manakala kerajaan Singapura akan merancang sokongan pembiayaan untuk memudahkan pengembangan syarikat-syarikat Singapura di JS-SEZ dan operasi kembar bagi Multinasional di Singapura dan JS-SEZ, “ katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan...

Ekonomi

Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 16 Mac– Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43...

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...