Home Ekonomi JS-SEZ model perkukuh rantaian bekalan ASEAN
Ekonomi

JS-SEZ model perkukuh rantaian bekalan ASEAN

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Januari – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi model utama dalam usaha memperkukuhkan daya tahan rantaian bekalan di rantau ASEAN, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Beliau menegaskan JS-SEZ mencerminkan potensi ASEAN dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI), selain menunjukkan keupayaan rantau ini untuk bekerjasama dengan kuasa-kuasa besar geopolitik.

“Kita mampu bekerjasama dengan pelbagai pemimpin geopolitik, kuasa-kuasa besar dan kita mahu kekalkan ia serta memperkukuhkan rantaian bekalan,” katanya.

Tambah Liew, pelabur perlu melihat kelebihan Malaysia dan ASEAN bukan semata-mata kerana kos tenaga kerja yang rendah, tetapi kerana kekuatan rantaian bekalan yang tersedia.

Ditemui selepas Persidangan Ekonomi ASEAN 2025 di ibu negara, Liew menyatakan bahawa rantaian bekalan ASEAN akan bertambah kukuh dengan lebih banyak projek pelaburan bersama antara negara-negara anggota.

Beliau turut menggesa negara-negara ASEAN untuk mengurangkan persaingan sesama sendiri dan memanfaatkan jalinan sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi rantau ini.

“Adalah penting untuk kita bergerak ke arah kerjasama strategik, berbanding saling bersaing,” tambahnya.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...