Home Ekonomi Johor mantapkan perkhidmatan awam dengan AI
Ekonomi

Johor mantapkan perkhidmatan awam dengan AI

Johor mantapkan perkhidmatan awam dengan AI

TAMBAK Johor.

PETALING JAYA: Johor terus menerajui transformasi digital sektor awam menerusi penganjuran Bengkel Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam Melalui Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) anjuran bersama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Program ini menjadi platform pembangunan kapasiti yang menyeluruh kepada penjawat awam Johor, khususnya dalam kalangan pengawal selia peraturan.

Ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan proses kelulusan serta menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan sektor swasta.

Pengarah MPC Wilayah Selatan, Mohd Azwan Mohd Salleh berkata, kejayaan program ini menunjukkan penjawat awam Johor bersedia melakukan anjakan budaya kerja ke arah lebih cekap dan responsif. 

“Penerimagunaan teknologi AI bukan sahaja mempercepatkan proses kelulusan dan pemantauan, malah membuka ruang untuk penjawat awam memberi tumpuan kepada tugas yang lebih bernilai tinggi, sekaligus melonjakkan produktiviti sektor awam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, program yang akan dilaksanakan sebanyak empat siri sepanjang April hingga Mei 2025 ini menghimpunkan hampir 200 penjawat awam daripada lebih 50 jabatan dan agensi kerajaan Negeri Johor.

“Para peserta didedahkan kepada penggunaan AI bagi mempercepatkan pemprosesan dan kelulusan melalui automasi dan analitik pintar dan mengurangkan risiko ketidakpatuhan melalui pemantauan berasaskan data masa nyata.

“Selain itu, mewujudkan persekitaran penyampaian peraturan yang lebih responsif, telus dan mesra perniagaan, sekali gus ia dapat menambah baik prestasi kerja dan masa tindak balas jabatan, menjurus kepada peningkatan produktiviti sektor awam secara keseluruhan,” ujarnya.

Tambahnya, bengkel ini merupakan fasa pertama dalam pelan pembangunan tiga fasa, yang akan diteruskan dengan Fasa Bimbingan Projek AI serta Konvensyen AI Negeri Johor sebagai puncak penyampaian hasil inovasi jabatan.-UTUSAN

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....