Home Ekonomi Jepun Terus Komited Labur Dalam Tenaga Hijau Malaysia, Fokus Pada Hidrogen – Fadillah
Ekonomi

Jepun Terus Komited Labur Dalam Tenaga Hijau Malaysia, Fokus Pada Hidrogen – Fadillah

Jepun Terus Komited Labur Dalam Tenaga Hijau Malaysia, Fokus Pada Hidrogen – Fadillah

Daripada Nurul Hanis Izmir

LIMA (PERU), 16 Ogos (Livevartha) –Jepun terus menunjukkan minat yang mendalam untuk melabur di Malaysia dalam sektor tenaga terutamahidrogen hijau,kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata negara itu telahmelabur di Sarawak dalam industri yang samadanakan terus memberikan komitmen untuk menyokong Malaysia dari segi pelaburan.

“Mereka memohon sokongan dan kerjasama kita untuk memberi perhatian kepada apa yang mereka akan tawarkan. Kita belum memberikan keputusan muktamad lagi (pada perjumpaan kali ini).. Saya akanbawa balikuntuk dapatkan keputusan di peringkat kerajaan,” katanya.

Fadillah berkata demikian kepada media selepassesi kunjungan hormat bersama delegasiSingapura, Vietnam, Brunei dan Jepun bersempena lawatan beliau ke Peru untuk menghadiriMesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM), di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung selama dua hari dari 15-16 Ogos, 2024.

Pada Disember lepas, dilaporkan Sarawak akan mengeluarkan hidrogen hijau secara besar-besaran terutamanya untuk pasaran Jepun di bawah perjanjian tiga pihak yang ditandatangani antara Sarawak Economic Development Corp (SEDC) dan dua firma Jepun.

Mengenai kunjungan hormat tersebut, Fadillah berkata keempat-empat negara itubersedia untuk memberi sokongan kepada perancangan Malaysia dalam pertemuandua hala yangdiadakanpadasebelah pagi dan juga tengah hari (Khamis).

“Pada sesi meja bulatnegara-negara APEC pula, negara terlibatmemberi pandanganbagaimana kita mahumenggerakkan strategi berhubung dengan peralihantenaga iaitu bekalan tenaga bersih dan juga tenaga boleh baharu (RE)ini.

“Dan pada masa sama, bagaimanamemastikandari segi kemampuan ataupun keterjaminan bekalan tenaga, keselamatannya dan untuk memastikan tidak ada pihak yang ketinggalan," katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...