Home Ekonomi IPR INTAN: Lebih banyak tapak akan dibuka di seluruh negara
Ekonomi

IPR INTAN: Lebih banyak tapak akan dibuka di seluruh negara

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 November – Kementerian Ekonomi sedang berusaha untuk membuka lebih banyak tapak bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat ( IPR) INTAN di seluruh negara.

Menterinya, Rafizi Ramli memaklumkan, setakat September lalu, sebanyak 2,742 ekar tanah milik kerajaan persekutuan dibuka untuk IPR INTAN .

Manakala selebihnya melibatkan tanah kerajaan negeri.

Rafizi menerusi Facebook rasminya memaklumkan , setakat ini 3,628 peserta di seluruh negara terlibat dalam program berkenaan dan permohonan orang ramai untuk menyertainya juga semakin meningkat..

Sabah, Terengganu dan Perlis antara negeri yang mencatatkan jumlah peserta tertinggi.

\”Bukit Bidong, Kg Banggol, Saujana, Rhu Tapai (semuanya di Setiu), Gong Chengal (Kemaman), Cendering (Kuala Terengganu) seluas 407 ekar membabitkan 713 peserta.

Kota Marudu, Kuala Penyu, Kudat, Matunggong, Tambunan, Kinabatangan, Tawau di Sabah seluas 810 ekar dan 770 peserta.

\”Walau ada yang mencemuh, tetapi usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan memberi peluang menjana pendapatan, terutamanya kepada penduduk luar bandar adalah berkesan, berbanding dengan memberi wang semata-mata tanpa membantu mereka membina peluang pendapatan, \” katanya dalam hantaran video di aplikasi Facebook.

Beliau memberi contoh projek penanaman cili, nenas dan tanaman kontan lain boleh menjana hasil melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi menggalakkan lebih banyak projek IPR, beliau menyarankan individu berminat, memaklumkan kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menawarkan tanah, melalui kerjasama dengan Kementerian Ekonomi.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...