Home Ekonomi IP Malaysia Meningkat Beri Petunjuk Momentum Positif Ekonomi Berterusan Pada Separuh Kedua 2024 – MIDF
Ekonomi

IP Malaysia Meningkat Beri Petunjuk Momentum Positif Ekonomi Berterusan Pada Separuh Kedua 2024 – MIDF

IP Malaysia Meningkat Beri Petunjuk Momentum Positif Ekonomi Berterusan Pada Separuh Kedua 2024 – MIDF

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Livevartha) –Indeks Pelopor (IP) Malaysia yang terus meningkat menunjukkan momentum positif dalam ekonomi negara dijangka berterusan pada separuh kedua 2024, menurut MIDF Research.

“Ini menyokong semakan semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 kepada 5.0 peratus berikutan kami menjangka pertumbuhan ekonomi negara akan terus disokong oleh perbelanjaan domestik yang meningkat dan aktiviti perdagangan luar yang pulih,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

IP Malaysia naik 3.5 peratus tahun ke tahun pada Jun2024, sedikit di bawah pertumbuhan 3.8 peratus yang dicatatkan pada Mei 2024, menjadikan peningkatan bulan ketujuh berturut-turut.

Pertumbuhan ini sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan Indeks Perindustrian Bursa Malaysia.

“Bagaimanapun, IP merosot 0.7 peratus bulan ke bulan pada Jun, penguncupan bulanan kedua berturut-turut berikutan penurunan dalam semua komponen IP dari Mei 2024, kecuali Indeks Perindustrian Bursa Malaysia dan penawaran wang benar, M1,” katanya.

Sementara itu, Indeks Serentak (IS) naik 2.6 peratus tahun ke tahun pada Jun2024, didorong terutamanya oleh kenaikan 8.5 peratus tahun ke tahun dalam caruman benar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan peningkatan 6.4 peratus tahun ke tahun dalam indeks kuantiti perdagangan runcit.

“IS turut mencatatkan kenaikan 0.2 peratus bulan ke bulan, dengan semua komponen menyumbang secara positif kecuali penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan,”menurut firma penyelidikan itu.

— Livevartha

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...