Home Ekonomi Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN
Ekonomi

Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

Dr. Zokhri Idris

KUALA LUMPUR, 26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya, demi pertumbuhan lebih inklusif dan saksamakhususnya dalam kalangan negara anggota.

Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa Dr. Zokhri Idris berharap, Malaysia akan memainkan peranan sebagai penggerak kepada mobilisasi sumber ekonomi dan tenaga kerja lebih tangkas, selaku kepengerusian ASEAN pada tahun depan.

\”Apabila ada pergerakan modal dan juga kewangan sesama negara ASEAN yang lain juga boleh menambah pendapatan mereka dan kesenjangan antara negara-negara.

\”Kesalinghubungan ini akan merapatkan negara-negara terbawah ASEAN dan juga negara-negara termaju ASEAN seperti Singapura, Malaysia dan Vietnam,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Angkasapuri Kota Media di sini.

Pada masa sama fungsi sektor awam dan swasta harus diintegrasikan secara meluas untuk meningkatkan sumbangan kedua-dua sektor berkenaan kepada ekonomi.

\”Selama ini kita berpendapat bahawa hanya sektor kerajaan sahaja yang akan menaikkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

\”Namun trend pada masa kini banyak syarikat-syarikat pemula dan juga sumber-sumber ekonomi yang bukan dalam kalangan kerajaan membantu menaikkan pertumbuhan ekonomi,\” katanya lagi.

Malaysia secara rasmi akan menjadi Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 dengan mengetengahkan tema \”Keterangkuman dan Kemampanan\”, mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...