Home Ekonomi Institusi Tempatan Beli Ekuiti Bersih RM1.19 Bilion Minggu Lepas – MIDF
Ekonomi

Institusi Tempatan Beli Ekuiti Bersih RM1.19 Bilion Minggu Lepas – MIDF

Institusi Tempatan Beli Ekuiti Bersih RM1.19 Bilion Minggu Lepas – MIDF

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Institusi tempatan melakukan pembelian minggu lepas, dengan pembelian bersih ekuiti bernilai RM1.19 bilion di Bursa Malaysia, kata MIDF Research.

Unit MIDF Amanah Investment Bank itu berkata institusi tempatan menjadi pembeli bersih setiap hari pada minggu dagangan berakhir 9 Ogos, dengan mencatatkan belian bersih terbesar pada Isnin sebanyak RM545.8 juta.

“Ini merupakan belian bersih terbesar dalam tempoh sehari sejak 2018, apabila mereka melakukan belian bersih RM846.3 juta pada 6 Februari,” katanya menerusi laporan aliran dana mingguan pada Isnin.

MIDF Research berkata pergerakan yang tidak menentu di Wall Street memberikan impak kepada Malaysia, menyaksikan pelabur asing menjual bersih sebanyak RM768.4 juta.

“Mereka menjual ekuiti bersih di Bursa Malaysia setiap hari pada minggu lepas, dengan aliran keluar bersih terbesar pada Isnin dan Khamis, masing-masing pada RM336.1 juta dan RM226.7 juta,” katanya.

Hanya tiga sektor yang mencatatkan belian bersih daripada pelabur asing minggu lepas, iaitu telekomunikasi dan media (RM10.0 juta), penjagaan kesihatan (RM8.6 juta) dan perladangan (RM7.1 juta).

"Tiga sektor teratas yang merekodkan jualan bersih daripada pelabur asing pula adalah produk dan perkhidmatan pengguna (-RM151.8 juta), hartanah (-RM149.5 juta) dan teknologi (-RM120.2 juta)," katanya.

Sementara itu, peruncit tempatan menjual bersih RM424.6 juta minggu lepas, merekodkan jualan bersih terbesar mencecah RM209.7 juta pada Isnin, kata MIDF Research.

Jumlah dagangan harian purata (ADTV) menyaksikan peningkatan dalam semua kelas pelabur.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...