Home Ekonomi Institusi kewangan perlu sokong kerajaan laksana projek perumahan rakyat
Ekonomi

Institusi kewangan perlu sokong kerajaan laksana projek perumahan rakyat

Institusi kewangan perlu sokong kerajaan laksana projek perumahan rakyat

HO HON SANG

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) menggesa institusi kewangan mengambil perhatian terhadap langkah kerajaan untuk melaksanakan projek perumahan untuk rakyat.

Rehda juga mahu kalangan institusi kewangan memperkenalkan skim ‘step-up financing’ masing-masing.

Presidennya, Datuk Ho Hon Sang berkata, ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengakses program inovatif itu sekali gus kerajaan dapat memastikan perumahan yang mencukupi untuk kumpulan B40.

Beliau berkata, pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi rumah berharga sehingga RM500,000 serta pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan bagi rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000 akan banyak membantu pembeli rumah pertama.

“Usaha lain menerusi belanjawan itu ialah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.

“Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pula akan menjamin pinjaman pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 yang dibangunkan di atas tanah-tanah wakaf.

“Skim ‘step-up financing’ diperkenalkan di bawah SJKP sebagai jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama. Skim itu juga menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun pertama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, menerusi peruntukan berterusan menerusi jaminan pembiayaan perumahan oleh kerajaan sehingga RM10 bilion bagi manfaat 20,000 pembeli rumah melalui SJKP akan terus memberi manfaat kepada bakal pembeli rumah tanpa penyata pendapatan bulanan.

Jelas Hon Sang, semua usaha itu menggambarkan hasrat kerajaan memastikan pemilikan rumah untuk semua rakyat, dan membantu belia yang baru memulakan kerjaya dari segi kewangan untuk membeli rumah

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebagai industri yang kerap mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan Persekutuan dan negeri, ia berharap dapat melaksanakan penyerahan dan menetapkan janji temu secara dalam talian memandangkan langkah ini akan menyumbang kepada pengurangan kos untuk menjalankan perniagaan.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Beliau mengumumkan hampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesa Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah.

Anwar berkata 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memberi manfaat kepada hampir 17,500 penghuni baharu. – UTUSAN

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...