Home Ekonomi Inisiatif Pelaburan Bakal Pacu Transformasi Ekonomi Malaysia – Penganalisis
Ekonomi

Inisiatif Pelaburan Bakal Pacu Transformasi Ekonomi Malaysia – Penganalisis

Inisiatif Pelaburan Bakal Pacu Transformasi Ekonomi Malaysia – Penganalisis

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) — Malaysia dijangka menyaksikan transformasiekonomi yang menjanjikan impak besar merentasi pelbagai sektorsusulan pelaksanaan pelbagai inisiatif, katapenganalisis.

Rakan Pengurusan firma pengurusan kekayaan SPI Asset ManagementStephen Innes memberitahu Livevartha ini termasuk pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) mengenai inisiatif pelaburan langsung domestik (DDI) tambahan bernilai RM120 bilion, semalam.

Usaha itu membabitkan komitmen pelaburan enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama dalam tempoh lima tahun akan datang yang dilihat langkah penting dalam strategi ekonomi negara.

Beliau berkata inisiatif dikenali GEAR-uP diterajui MOF, merupakan pelan berwawasan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dan menyasarkan bidang kritikal termasuk teknologi hijau, infrastruktur dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura.

Innes berkata pelaburan strategik selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI itu juga bermatlamat memangkin usaha mewujudkan pekerjaan, merangsang pertumbuhan sektor selain turut menarik pelaburan langsung asing.

Malah, katanya, konsep Malaysia MADANI juga menggalakkan masyarakat sivil dan inklusif berteraskan pembangunan mampan, jugadapat direalisasikan menerusi inisiatif terbabit.

“Kepimpinan beliau jelas tertumpu kepada usahamemupuk daya tahan dan keterangkuman ekonomi jangka panjangyang berpotensi meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat serantau dan global.

“Hala tuju strategik ini sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia dan menekankan komitmen terhadap kemampanan global selain inovasi teknologi,”kata Innes.

Related Articles

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera
Ekonomi

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera

TENGKU Muhammad Taufik Tengku Aziz (kanan) dalam forum penutup ‘Reflections From Energy...

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara
Ekonomi

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara

WILL HUDSONKUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin utama dalam revolusi...

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia
Ekonomi

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia

MAZUIN ISMAILKUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun ini terus memberi kesan...

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan
Ekonomi

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan

LIEW CHIN TONGKUALA LUMPUR: Pusat data perlu menjadi pemangkin kepada pelaburan strategik...