Home Ekonomi Inisiatif MCY Jana 553 Produk Dikomersialkan, Hasil Lebih RM729.9 Juta – PM Anwar
Ekonomi

Inisiatif MCY Jana 553 Produk Dikomersialkan, Hasil Lebih RM729.9 Juta – PM Anwar

Inisiatif MCY Jana 553 Produk Dikomersialkan, Hasil Lebih RM729.9 Juta –  PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos(Livevartha) — Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) berjaya membawa kepada pengkomersialan sebanyak 553 produk, teknologi dan perkhidmatan yangmenjana hasil lebih RM729.9 juta di pasaran tempatan sertaglobal, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri juga menyifatkan angka diraih bagi tempoh2016 hingga 2023 sebagaisatu peningkatan besar berbanding tempoh 2016 sehingga 2022 dengan 474 produk dikomersialkan manakala hasil mencecah RM540 juta.

“Tempoh 2022-2023 itu mencatat peningkatan sebanyak 16.67 peratus dari segibilangan produk yang dikomersialkan sertapertumbuhan hasil sebanyak 35.17 peratus.

“Pertumbuhan itu membuktikan lagi kemampuan Malaysia bergerak pantas sebagai peneraju serantau dalam aspek inovasi dengan MCY mengiktiraf usahawan di atas kejayaan pengkomersialan penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) produk di pasaran dalam dan luar negara,” kata beliau dalam satu kenyataanbersempena penganjuran Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 di sini hari ini.

Acara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu bertujuanmeraikan dan melonjakkan pengkomersialan R&D&I di Malaysia, sekali gus memacu Malaysia ke arah kepimpinan serantau dalam aspek inovasi.

Bagimenghargai usahawan teknologi tempatan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyampaikan Anugerah MCY dalam enam kategori termasuk Anugerah Keseluruhankepada enam usahawan teknologi contoh di atas pencapaian masing-masing sepanjang 2023.

Selain itu, Perdana Menteri menyaksikanpemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) dan satu memorandum perjanjian, termasuk MoU antara Maxis dan Huawei.

Kesemua dokumen itu secara kolektif bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dan teknologi.

Bagi memacu pengkomersialanR&D&I tempatan MOSTItelah memperkenalkan pendekatan ‘Gunakan Inisiatif Produk R&D Tempatan (MySTI)' dalam aspek pemerolehan kerajaan.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...