Home Ekonomi Inisiatif kerajaan dijangka rangsang sektor hartanah
Ekonomi

Inisiatif kerajaan dijangka rangsang sektor hartanah

Inisiatif kerajaan dijangka rangsang sektor hartanah

KUALA LUMPUR: Kadar gadai janji yang stabil dan pelepasan cukai dijangka merangsang sektor hartanah Malaysia pada tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Jim Leng berkata, pihaknya optimis dengan inisiatif kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2025 yang telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk pembeli rumah kali pertama.

Katanya, hartanah mampu milik kekal sebagai elemen utama dalam menentukan prospek masa depan sektor ini.

“Pada 2025, jangkaan gaji yang lebih tinggi untuk kakitangan awam dan pengenalan gaji minimum yang lebih tinggi pada Februari akan meningkatkan pendapatan boleh guna, memangkin permintaan untuk hartanah di seluruh negara.

“Ini ditambah pula dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 3.0 peratus dan kadar gadai janji yang stabil, mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk kedua-dua pembeli rumah dan pelabur, menjadikan pemilikan rumah lebih mudah diakses.

“Kami percaya kadar pertumbuhan guna tenaga yang stabil dan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus tahun ini, ekonomi kekal kukuh,” katanya dalam ucaptama pada di Bursa Malaysia- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Siri Fokus Stratum Ke-18 di sini hari ini.

Jim Leng berkata, penunjuk positif ini menyediakan keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan yang mampan dan kitaran permintaan dan pelaburan yang baik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih luas.

“Walaupun ini adalah petanda yang menjanjikan, strategi inovatif dan kerjasama berterusan dalam industri adalah perlu untuk menangani cabaran,” ujarnya.

Tambahnya, di tengah-tengah tahap optimum ini, pihaknya percaya cabaran masih berterusan.

“Kebimbangan keterjangkauan, tekanan inflasi dan ketidaktentuan global memerlukan perhatian kita. Menangani cabaran ini memerlukan usaha kolaboratif dan strategi inovatif,” jelasnya. – UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...