Home Ekonomi Inflasi Malaysia Kekal 2.0 Peratus Pada Julai – Perangkaan
Ekonomi

Inflasi Malaysia Kekal 2.0 Peratus Pada Julai – Perangkaan

Inflasi Malaysia Kekal 2.0 Peratus Pada Julai – Perangkaan

Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus sejek Mei 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Julai 2024.

IHP bagi bulan Julai meningkat kepada133.1 berbanding 130.5 pada bulan sama tahun lepas.

DoSM dalam satu kenyataan berkata inflasi itu didorong oleh peningkatan dalam kumpulan utama termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (3.4 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); rekreasi, sukan dan budaya (2.2 peratus) dan kesihatan (1.9 peratus).

Makanan dan minuman mencatatkan kenaikan 1.6 peratus yang lebih perlahan berbanding kenaikan duaperatus pada Jun 2024.

"Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mencatatkan peningkatan 3.2 peratus; pendidikan (1.7 peratus), pengangkutan (1.2 peratus) dan perabot, peralatan rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (0.9 peratus) meningkat pada kadar sama seperti bulan sebelumnya," kata laporan itu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikandalam perkhidmatan restoran dan penginapan disebabkan peningkatan dalam subkumpulan utama perkhidmatan penyediaan minumankepada 4.3 peratus pada Julai berbanding Jun 2024 sebanyak 4.2 peratus.

Bagi kenaikan inflasi penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, melonjak3.2 peratus pada Julai 2024 berbanding 2.8 peratus pada Jun 2024, iadisebabkan oleh kenaikan 18 peratus dalam barang kemas dan jam tangan (Jun 2024: 15.3 peratus).

Inflasibulan Julai bagi sektor pengangkutan kekal pada 1.2 peratus pada Jun 2024.

Bagi inflasi peringkat negeri, Mohd Uzir berkata kebanyakan negeri mencatatkan kenaikan di bawah 2.0 peratus inflasi nasionalkecuali empat negeri, Pulau Pinang (3.4 peratus), Sarawak (2.7 peratus), Pahang (2.6 peratus) dan Selangor ( 2.4 peratus).

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...