Wednesday , 12 March 2025
Home Ekonomi Industri pembuatan capai kapasiti penggunaan 82.4 peratus, suku ketiga 2024
Ekonomi

Industri pembuatan capai kapasiti penggunaan 82.4 peratus, suku ketiga 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November– Industri pembuatan mencapai kadar kapasiti penggunaan 82.4 peratus pada suku ketiga 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kapasiti penggunaan industri pembuatan pada suku ketiga 2024 meningkat 3.0 mata peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Tiga subsektor mencatatkan kapasiti penggunaan tertinggi pada suku ini, menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam sektor pembuatan negara.

Subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain berada di kedudukan teratas, diikuti oleh produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka.

\”Kapasiti penggunaan industri pembuatan meningkat 0.3 mata peratus berbanding suku tahun sebelumnya,\” kata kenyataan itu.

Kadar kapasiti penggunaan industri pembuatan yang melepasi kadar nasional pada suku ketiga tahun 2024 direkodkan bagi tujuh buah negeri.

Ini termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Melaka dan Johor.

Related Articles

Industri OGSE catat hasil RM83.9 bilion, tertinggi dalam 10 tahun
Ekonomi

Industri OGSE catat hasil RM83.9 bilion, tertinggi dalam 10 tahun

INDUSTRI OGSE mencatatkan hasil tertinggi pada 2023. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Hasil...

Khazanah labur dalam perniagaan pengecasan EV Yinson
Ekonomi

Khazanah labur dalam perniagaan pengecasan EV Yinson

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melabur dalam perniagaan pengecasan kenderaan elektrik...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan eksport yang lemah

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 10 Mac- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di...

Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 10 Mac-Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutuplebih...