Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 2.1% pada Oktober 2024
Ekonomi

Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 2.1% pada Oktober 2024

Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 2.1% pada Oktober 2024

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2024, didorong oleh pertumbuhan output yang stabil dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, IPP kekal merekodkan pertumbuhan positif pada Oktober 2024, walaupun pada kadar yang lebih perlahan 2.1 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 2.3 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Peningkatan ini dipacu oleh sektor pembuatan yang berkembang sebanyak 3.3 peratus, meningkat daripada 3.2 peratus pada September 2024 dan kenaikan 2.5 peratus dalam output elektrik (September 2024: 3.9 peratus). 

“Namun begitu, pengeluaran sektor perlombongan terus menurun 2.8 peratus berbanding pertumbuhan negatif 2.2 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Bagi terma bulan ke bulan, IPP meningkat 1.7 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada September 2024” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, peningkatan dalam output sektor pembuatan pada Oktober 2024 disokong oleh industri berorientasikan domestik yang berkembang sebanyak 3.3 peratus (September 2024: 2.7%).

“Kenaikan ini didorong, terutamanya oleh pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus, diikuti oleh pembuatan produk prosesan makanan (4.5 peratus) dan pembuatan produk galian bukan logam lain (5.2 peratus). 

“Berbanding dengan bulan sebelumnya, industri berorientasikan domestik menurun kepada negatif 0.9 peratus berbanding peningkatan 0.1 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya. 

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, pertumbuhan industri berorientasikan eksport kekal kukuh pada kadar 3.3 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.4 peratus pada September 2024. 

‘Prestasi stabil ini disokong terutamanya oleh pertumbuhan dua digit iaitu 12.7 peratus dalam pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan, diikuti oleh pembuatan produk getah pada kadar 10.9 peratus. 

“Selain itu, pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal terus menunjukkan momentum positif dengan pertumbuhan sebanyak 2.9 peratus. 

“Pertumbuhan tahun ke tahun industri berorientasikan eksport dicerminkan oleh prestasi eksport barangan perkilangan negara yang meningkat sebanyak 3.1 peratus pada Oktober 2024. 

“Bagi terma bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport menurun sebanyak 1.4 peratus daripada pertumbuhan negatif 1.6 peratus pada September 2024” katanya. 

Ujarnya, penyusutan 2.8 peratus dalam sektor perlombongan pada Oktober 2024 adalah disebabkan oleh penurunan berterusan dalam pengeluaran minyak mentah dan kondensat sebanyak negatif 7.5 peratus (September 2024: -11.4 peratus) dan pertumbuhan perlahan kepada marginal 0.4 peratus dalam output Gas Asli (September 2024: 4.5 peratus).-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...