Home Ekonomi Indeks Pelopor Julai meningkat 5.2%
Ekonomi

Indeks Pelopor Julai meningkat 5.2%

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 September- Indeks Pelopor (IP) yang meramalkan arah aliran ekonomi untuk beberapa bulan akan datang, meningkat 5.2 peratus kepada 115.1 mata, Julai lepas.

Peningkatan itu menandakan pengukuhan berterusan ekonomi Malaysia bagi suku keempat tahun inI.

Pertumbuhan dalam IP dipacu lonjakan Import Benar Semi Konduktor sebanyak 36.7 peratus dan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia sebanyak 35.4 peratus.

IP konsisten melepasi paras 100 mata, menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

Ia disokong pengembangan positif dalam penggunaan domestik dan permintaan berterusan oleh pasaran luar.

Sementara itu, Indeks Serentak yang menggambarkan keadaan ekonomi semasa, menunjukkan pertumbuhan berterusan.

Ia meningkat 2.8 peratus kepada 127.3 mata, didorong kenaikan merentasi semua komponen.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...