Tuesday , 24 December 2024
Home Ekonomi Indeks Harga Pengeluar turun 2.4 peratus pada Oktober
Ekonomi

Indeks Harga Pengeluar turun 2.4 peratus pada Oktober

Indeks Harga Pengeluar turun 2.4 peratus pada Oktober

PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan melaporkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR), terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024 berbanding penurunan 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sama seperti bulan sebelumnya, penurunan ini terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan yang turun 17.3 peratus berbanding 16.1 peratus pada September 2024.

“Indeks pengekstrakan petroleum mentah turun sebanyak 21.7 peratus, manakala indeks Pengekstrakan gas turun perlahan 1.7 peratus.

“Selain itu, sektor pembuatan juga turun 2.6 peratus (September 2024: -1.5 peratus), terjejas oleh indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-21.6 peratus).

“Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat dua digit 13.8 peratus (September 2024: 5.8 peratus), dengan indeks penanaman tanaman kekal mencatatkan peningkatan 24.3 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd.Uzir, bagi sektor utiliti, indeks bekalan air meningkat 6.9 peratus, manakala indeks bekalan elektrik dan gas meningkat sebanyak 0.8 peratus.

Jelasnya, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan menurun 0.7 peratus pada Oktober 2024 (September 2024: -1.5 peratus).

“Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 6.0 peratus (September 2024: 1.6 peratus), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (9.0 peratus).

Sementara itu, jelas beliau, sektor lain mencatatkan penurunan pada bulan ini.

“Sektor perlombongan turun 2.7 peratus (September 2024: -3.4 peratus), dipengaruhi oleh kedua-dua indeks pengekstrakan petroleum mentah (-3.4 peratus) dan pengekstrakan gas asli (-0.3 peratus).

“Pada masa yang sama, sektor Pembuatan merosot 1.2 peratus (September 2024: -1.7 peratus) disebabkan oleh Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-4.1 peratus). Kedua-dua sektor Bekalan air dan Bekalan elektrik & gas juga turun 0.1 peratus,” katanya.

Mengulas mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd.Uzir menyebut, Indeks Barang siap naik 1.1 peratus (September 2024: 1.5 peratus) disebabkan oleh indeks Kelengkapan modal (3.1 peratus).
Sementara itu, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus turun sebanyak 8.7 peratus (September 2024: -9.5 peratus), dipengaruhi oleh indeks Bahan bukan makanan (-10.5 peratus).

“Indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen juga turun 1.9 peratus (September 2024: -1.1 peratus) disebabkan oleh Bahan api yang diproses & pelincir (-10.8 peratus).

“Pada asas bulanan, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus pada Oktober 2024.

“Walau bagaimanapun, indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen dan Barang siap kedua-duanya turun 0.9 peratus,” katanya.

Mohd.Uzir berkata, melihat kepada negara terpilih, indeks harga pengeluar Amerika Syarikat meningkat 2.4 peratus pada bulan ini berbanding 1.9 peratus pada September 2024, disebabkan terutamanya oleh indeks permintaan akhir.

“Indeks harga pengeluar Jepun terus meningkat 3.4 peratus, berbanding 3.1 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kos pertanian, perhutanan dan produk perikanan.

“Sementara itu, harga kilang bagi barangan buatan United Kingdom turun 0.8 peratus, berbanding penurunan 0.6 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan oleh kok & produk petroleum bertapis.

“Harga pengeluar China juga terus merosot 2.9 peratus pada Oktober 2024 berbanding penurunan 2.8 peratus pada September 2024. Ini merupakan penguncupan paling ketara sejak November 2023, mencerminkan permintaan domestik yang kekal lemah walaupun dengan usaha berterusan oleh Beijing bagi memecahkan trend ini,” katanya.

Bercakap mengenai harga komoditi Malaysia yang terpilih, beliau turut menyatakan bahawa, menurut Bank Dunia, harga komoditi dijangka mengalami penurunan 5.0 peratus pada 2025, diikuti dengan penurunan 2.0 peratus pada 2026.

“Unjuran ini terutamanya dipengaruhi oleh jangkaan kejatuhan harga minyak, walaupun ia disederhanakan oleh kenaikan harga gas asli.

“Sementara itu, purata harga minyak sawit mentah di Malaysia, yang berlegar sekitar RM4,400 per tan pada Oktober 2024, meningkat daripada purata harga RM4,000 per tan pada bulan sebelumnya. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyifatkan kenaikan ini disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran dan penurunan dalam inventori minyak sawit Malaysia.

“Ini termasuk tahap inventori minyak sawit di India yang merupakan pengimport terbesar dunia dan trend global dalam pengeluaran dan penggunaan minyak sayuran pada tahun 2025,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding...

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal
Ekonomi

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal

NOR Hasheera Hanafi belajar membuat kek daripada ibu mertuanya.PETALING JAYA: Pengusaha bakeri,...

Ekonomi

Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...