Home Ekonomi Impak Jaminan Hasil Penyewaan Pembangunan Battersea Agak Minimum – SDP
Ekonomi

Impak Jaminan Hasil Penyewaan Pembangunan Battersea Agak Minimum – SDP

Impak Jaminan Hasil Penyewaan Pembangunan Battersea Agak Minimum – SDP

Battersea Power Station (Kredit: Sime Darby)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) –Sime Darby Property Bhd (SDP) menjangkakan impak masa depan daripada pelarasan perakaunan berkaitan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa 17 (IFRS 17) adalah minimum, walaupun mengalami kerugian usaha sama yang lebih besar akibat jaminan penyewaan di menara pejabat Battersea Power Station.

Pengarah Urusan Kmpulan SDP, Datuk Azmir Merican berkata kerugian ketara pada separuh pertama 2024 telahdidorong oleh kesan perakaunan negatif IFRS 17, yang berkaitan dengan jaminan sewa lima tahun.

“Dengan kadar penghunian bangunan baharu itu hanya bermula pada 20 peratus, impak perakaunan untuk 2024 sangat besar.

“Bagaimanapun, kami tidak menjangka sebarang kesan selanjutnya kerana kami telah mengambil langkah berhemat bagi mengambil kira kesan utama pada suku semasa, dan tidak meramalkan kesan tambahan yang besar untuk baki tahun ini,” katanya kepada media selepas taklimat media maya SDP mengenai keputusan kewangan separuh pertama 2024 hari ini.

Dengan sasaran bagi meningkatkan penghunian bangunan kepada sekurang-kurangnya 50 peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang,dan akhirnya kepada 80 peratus,syarikat itu menjangkakan impak kewangannya akan berkurangan apabila penyewaan bertambah baik.

“Tumpuan kami mahu meningkatkan penghunian penyewa, yang akan membantu mengurangkan kesan perakaunan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata SDP akan mengkaji semula keadaan itu menjelang akhir tahuntetapi penilaian semasa mencadangkan bahawa sebarang kesan kewangan selanjutnya akan menjadi minimum melainkan perubahan ketara berlaku.

Keuntungan bersih SDP melonjak 127.9 peratus kepada RM161.96 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbandingRM71.07 juta yang dicatatkan suku kedua 2023, manakala hasil menokok 74.2 peratus kepada RM1.20 bilion daripada RM688.92 juta sebelumnya.

Untuk tempoh enam bulan terkumpul berakhir 30 Jun 2024 , keuntungan bersih syarikat meningkat lebih dua kali ganda kepada RM285.54 juta berbanding RM131.74 juta pada separuh pertama 2023, manakala hasil naik kepada RM2.18 bilion daripada RM1.37 bilion.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...