Home Ekonomi Hospital pakar swasta RM150 juta bakal dibina di Kuala Pilah.
Ekonomi

Hospital pakar swasta RM150 juta bakal dibina di Kuala Pilah.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengerusi Oval Gallery Sdn Bhd Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar (dua, kiri) dan Pengerusi Sena Healthcare Services Sdn Bhd Tan Sri Dr Tan Boon Hock (dua, kanan) pada majlis menandatangani MOU antara OGSB dan Sena Group bagi projek mendirikan hospital swasta Bandar Redani Kuala Pilah di Galeri Diraja Tuanku Jaafar –Foto / Livevartha

SEREMBAN, 12 November – Sebuah hospital pakar swasta membabitkan pelaburan bernilai RM150 juta bakal dibina di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dijangka siap menjelang 2028, menerusi kerjasama Oval Gallery Sdn Bhd dan Sena Healthcare Services Sdn Bhd.

Pengerusi Oval Gallery Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar berkata,pembinaan hospital berkapasiti 240 katil itu melibatkan tapak seluas 0.946 hektar di Taman Redani, Juasseh dan dijangka bermula pada akhir 2025 dengan kelulusan prapenubuhan Kementerian Kesihatan pada 2019.

Pembinaan dan operasi hospital ini akan dikendalikan oleh Sena Healthcare.

“Pelaburan sebanyak RM150 juta akan dikeluarkan untuk (menampung) kos pembinaan dan operasi awal hospital ini.

“Fasa pertama melibatkan penyediaan sebanyak 120 katil manakala selebihnya akan ditambah kemudian.

\”Hospital itu tidak hanya menjadi mercu tanda baharu Kuala Pilah, malah memberi manfaat kepada penduduk termasuk di Jempol, menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi daerah itu,\” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Isnin.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan penglibatan pihak swasta dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dapat membantu rakyat mendapatkan khidmat rawatan lebih sistematik.

\”Usaha itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan penduduk menikmati taraf hidup lebih baik, lebih-lebih lagi dengan lokasi hospital yang strategik di jalan utama menghubungkan daerah Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin selain dengan sempadan Johor dan Pahang.

“Hospital ini bakal menawarkan perkhidmatan kepada penduduk di daerah berkenaan yang berjumlah hampir setengah juta orang.

“Penduduk di sempadan negeri seperti di Muar dan Segamat, Muadzam, Rompin dan Mersing juga akan mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan.

\”Kehadiran kalangan petugas profesional seperti doktor pakar serta kakitangan sokongan juga secara tidak langsung dapat memberi sumbangan ekonomi kepada masyarakat setempat,\” kata Datuk Seri Aminuddin Harun. – Livevartha.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...