Home Ekonomi Hong Leong Bank catat untung bersih lebih tinggi pada suku kedua
Ekonomi

Hong Leong Bank catat untung bersih lebih tinggi pada suku kedua

Hong Leong Bank catat untung bersih lebih tinggi pada suku kedua

KEVIN Lam (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan Hong Leong Bank, Malkit Singh ketika sesi taklimat kewangan bersama media di Menara Hong Leong, Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN/SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR: Untung bersih Hong Leong Bank Berhad (HLB) meningkat kepada RM1.15 bilion bagi suku kedua tahun kewangan 2025 berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM1.08 bilion yang direkodkan bagi suku sama tahun sebelumnya.

Bank itu merekodkan pendapatan sebanyak RM1.63 bilion bagi suku sama daripada RM1.46 bilion pada tahun lalu.

Bagi separuh pertama pula, bank melaporkan untung bersih RM2.24 bilion berbanding RM2.12 billion bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan meningkat kepada RM3.23 bilion daripada RM2.86 bilion.

Keuntungan operasi untuk separuh pertama meningkat 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM1.96 bilion dan sumbangan pendapatan bukan faedah berkembang 31.3 peratus tahun ke tahun kepada RM757 juta.

Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 28 sen sesaham untuk separuh pertama tahun kewangan 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, bank kekal komited kepada Pelan Transformatif Tiga hingga Lima Tahun mereka dan sedang membuat kemajuan ketara dalam bidang pertumbuhan perniagaan utama rancangan itu.

Ujarnya, ini seperti transformasi cawangan, pengurusan kekayaan serantau, pengembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan jualan francais pasaran global.

“Asas yang telah kami sediakan ini membuahkan hasil yang positif, memberikan keuntungan operasi dan keuntungan sebelum cukai yang membanggakan yang berkembang 10.3 peratus tdan 6.0 peratus tahun ke tahun untuk separuh pertama tahun 2025,” katanya semasa taklimat Keputusan Kewangan Suku Kedua 2025 HLB di sini hari ini. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...