Home Ekonomi Hasil perladangan dijangka meningkat 12.4% tahun ini
Ekonomi

Hasil perladangan dijangka meningkat 12.4% tahun ini

Hasil perladangan dijangka meningkat 12.4% tahun ini

HASIL perladangan dijangka meningkat 12.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Hasil perladangan tahun ini dijangka meningkat sebanyak 12.4 peratus dipacu purata harga jualan (ASP) produk sawit lebih tinggi, menurut RHB Research. 

Firma penyelidikan itu berkata, inventori minyak sawit menyederhana kepada 1.51 juta tan pada Februari 2025 kesan daripada pengeluaran yang lebih rendah walaupun diimbangi penurunan eksport.

“Kami menjangkakan inventori minyak sawit kekal ketat dan berada di bawah paras 2 juta tan kerana ketika ini adalah musim pengeluaran rendah.

“Bagaimanapun, eksport seharusnya bertambah baik pada musim perayaan yang akan datang,” katanya dalam satu nota kajian.

RHB Research itu berkata, antara kesan menaik termasuk ASP yang lebih tinggi ke atas pendapatan apabila minyak sawit mentah (MSM) melonjak sebanyak 26.3 peratus dari suku tahun ke suku tahun atau 31.6 peratus kepada RM4,840 setiap tan pada suku keempat 2024.

Katanya, harga isirung sawit melonjak sebanyak 33% dari suku tahun ke suku tahun dan 75.6 peratus kepada RM3,500 setiap tan pada suku keempat 2024 yang turut membantu mengurangkan kos unit setiap tan metrik.

“Kami tidak membuat perubahan kepada ramalan harga iaitu RM4,300 dan RM4,100 untuk 2025 dan 2026,” katanya.

RHB Research berkata, di Malaysia, jumlah keluaran buah tandan segar (BTS) susut 12 peratus dari suku tahun ke suku tahun atau 7 peratus pada suku keempat 2024, menjadikan keluaran 2024 naik 4.2 peratus. 

Katanya, purata pengeluaran BTS syarikat di bawah liputan mereka susut purata 2.5 peratus dari suku tahun ke suku tahun atau 5 peratus pada suku keempat 2024, menjadikan keluaran tahun kewangan 2024 naik kepada 0.4 peratus. 

Di Indonesia, RHB Research menyaksikan purata pertumbuhan suku tahun ke suku tahun sebanyak 4.7 peratus tetapi lonjakan kukuh sebanyak 17.6 peratus pada suku keempat 2024 untuk syarikat yang kami lindungi, yang menyebabkan pengeluaran 2024 turun 4.8 peratus.

“Pemulihan suku tahun ke suku tahun yang lebih kukuh di Indonesia adalah disebabkan oleh pemulihan selepas impak El Nino, dengan tempoh puncak pada suku keempat 2024.

“Pada 2025, kebanyakan penanam menjangkakan peningkatan sederhana dalam pengeluaran pada cuaca normal dan pertumbuhan satu digit pertengahan hingga tinggi,” katanya.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan “overweight” untuk sektor itu. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...