Home Ekonomi Harga Saham Sik Cheong Ditutup 36 Sen Pada Hari Pertama Dagangan
Ekonomi

Harga Saham Sik Cheong Ditutup 36 Sen Pada Hari Pertama Dagangan

Harga Saham Sik Cheong Ditutup 36 Sen Pada Hari Pertama Dagangan

Sik Cheong

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha)– Pembekal produk olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), Sik Cheong Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, ditutup pada 36 sen, bagi premium sembilan senberbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen.

Pada pukul 5 petang,Sik Cheong juga muncul sebagai salah satu daripada tiga saham teratas yang paling aktif didagangkan dengan jumlah dagangan sebanyak 128.75 juta.

Terdahulu, pada9 pagi, saham Sik Cheong dibuka pada 50 sen mewakili premium 85.2 peratus berbanding harga IPO.

Pengarah Urusannya, Wong Hing Ngiap berkata syarikat itu telah mengumpul sejumlah RM17.8 juta menerusiIPO itu.

Daripada jumlah ini, sejumlah RM7.2 juta atau 40.3 peratus diperuntukkan untuk pengembangan kemudahan pembungkusan termasuk pembinaan semula kilang serta pembelian mesin dan peralatan baharu.

Selain itu, RM0.9 juta (5.0 peratus) diperuntukkanuntuk pembelian trak penghantaran baharu.

Kumpulan itu juga memperuntukkan RM6.0 juta (33.4 peratus) untuk modal kerjadengan baki RM3.8 juta (21.3 peratus) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

"Dengan modal baharu yang diperoleh, kami kini bersedia untuk memulakan fasa pengembangan kami yang seterusnya," katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu.

Ditanya sama ada kenaikan ringgit baru-baru ini memberi kesan kepada keupayaan syarikat untuk mengurangkan kos bahan mentah, Wong berkata ia tidak menjejaskan kos operasi syarikat, mungkin kerana kenaikan itu masih baru lagi.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...