Home Ekonomi Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Ekonomi

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

FOTO Livevartha

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 31 Oktober hingga 6 November ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh berkenaan.

\”Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut MOF.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....