Home Ekonomi Harga MSM kukuh, SD Guthrie dijangka catat hasil lebih baik
Ekonomi

Harga MSM kukuh, SD Guthrie dijangka catat hasil lebih baik

Harga MSM kukuh, SD Guthrie dijangka catat hasil lebih baik

PETALING JAYA: SD Guthrie Bhd. dijangka mencatatkan keputusan lebih baik pada suku keempat tahun kewangan 2024 didorong oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh serta margin industri hiliran yang bertambah baik, menurut RHB Investment.

Jelasnya, pendapatan pembangunan hartanah baharu juga akan memberi sokong kepada pendapatan jangka panjang kumpulan.

Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu kepada strategi kepelbagaiannya yang dipercayai akan mula membuahkan hasil bermula tahun kewangan 2025.

“Pengeluaran buah tandan segar (BTS) kumpulan pada suku ketiga tahun kewangan 2024 meningkat 4 peratus dari suku tahun ke suku tahun menjadikan pengeluaran pada sembilan bulan tahun kewangan 2024 meningkat 2.4 peratus.

“Sehingga Oktober 2024, BTS berkembang 1.6 peratus dari tahun ke tahun dan kami mengekalkan anggaran pertumbuhan BTS kumpulan bagi tahun kewangan 2024 hingga tahun kewangan 2026 antara 2 hingga 7 peratus,” katanya dalam nota kajian.

Terdahulu, kumpulan itu melaporkan kejatuhan 36.75 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku ketiga bagi tahun kewangan 2024 disebabkan ketiadaan keuntungan ke atas pelupusan tanah, walaupun harga MSM lebih tinggi.

Keuntungan bersih bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 ialah RM766 juta atau 11.1 sen sesaham, berbanding RM1.21 bilion atau 17.5 sen sesaham setahun sebelumnya, kata pengeluar minyak sawit terbesar dunia mengikut keluasan.

Pada suku ketiga tahun kewangan 2023, SD Guthrie mengiktiraf keuntungan pelupusan sebanyak RM600 juta daripada menjual 384 hektar tanah di Kapar, Selangor.

Pendapatan berulang kumpulan sebelum faedah dan cukai berjumlah RM765 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, penurunan marginal 3 peratus daripada RM785 juta setahun lalu.

Firma penyelidikan itu berkata, penurunan hasil bagi segmen hiliran dari suku tahun ke suku tahun disebabkan oleh keuntungan yang lebih lemah yang dijana daripada margin yang lebih rendah dari rantau Eropah dan keuntungan yang lebih rendah daripada sumbangan syarikat kerjasama.

Bagaimanapun, sebahagiannya dimbangi oleh keuntungan yang bertambah baik daripada operasi pukal di rantau Asia Pasifik, didorong oleh permintaan volum yang lebih tinggi.

“Kami menjangkakan segmen ini akan bertambah baik didorong oleh margin yang lebih kukuh di Eropah dan Oceania, dan oleh itu, mengekalkan margin hiliran kami pada 3.5 hingga 4.5 peratus untuk tahun kewangan 2024 hingga tahun kewangan 2026 tidak berubah,” katanya.

RHB Investment mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) RM5.75 sesaham. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...