KUALA LUMPUR, 4 Mei- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam tekanan minggu depan.
Sebahagian besarnya disebabkan kebimbangan berterusan terhadap paras stok domestik yang meningkat, ketika permintaan melemah dan pengeluaran bertambah baik.
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, inventori MSM berkemungkinan meningkat menjelang musim puncak penuaian, yang lazimnya menyebabkan trend peningkatan bermusim dalam pengeluaran.
“Pada masa yang sama, permintaan eksport menunjukkan tanda-tanda untuk kembali meningkat, terutamanya daripada pembeli utama seperti India dan China.
\’\’Negara tersebut dilaporkan mengambil pendekatan berhati-hati, berikutan bekalan minyak sayuran global yang tinggi dan persaingan harga daripada minyak kacang soya dan bunga matahari,\’\’ katanya.
Peniaga juga akan mengambil langkah tunggu dan lihat menjelang data eksport dan pengeluaran akan datang.
Beliau mengunjurkan, harga MSM diniagakan dalam julat rendah iaitu antara RM3,750-RM3,900 satu tan minggu depan.