Home Ekonomi Harga EV pertama Perodua dijangka RM50,000 hingga RM90,000
Ekonomi

Harga EV pertama Perodua dijangka RM50,000 hingga RM90,000

Perodua bakal menawarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada harga mampu milik antara RM50,000 hingga RM90,000 / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Perodua bakal menawarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada harga mampu milik antara RM50,000 hingga RM90,000, yang dijangka menggalakkan penggunaan EV di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata julat harga di bawah RM100,000 itu berpotensi membantu negara mencapai sasaran 20 peratus jualan EV menjelang 2030.

“Harga ini ditetapkan selepas mengambil kira pembangunan, kandungan tempatan, dan usaha untuk membangunkan ekosistem EV secara menyeluruh, termasuk infrastruktur seperti stesen pengecasan. Matlamat kami adalah memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki dan merasai pengalaman menggunakan EV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan prototaip EV Perodua, eMO-two, sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2024), di sini.

Prototaip eMO-two kini berada dalam fasa kedua pembangunan dan dijangka bakal diperkenalkan kepada pasaran pada tahun hadapan.

Zainal Abidin turut menyarankan pengeluar bateri EV memainkan peranan proaktif dalam pengurusan hayat bateri untuk mengurangkan lambakan sisa elektrik dan elektronik, selaras dengan usaha kelestarian alam sekitar.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...