Home Ekonomi Harga eksport naik kepada 151.8 mata pada Mac 2025
Ekonomi

Harga eksport naik kepada 151.8 mata pada Mac 2025

Harga eksport naik kepada 151.8 mata pada Mac 2025

PETALING JAYA: Harga eksport Malaysia meningkat 0.2 peratus, meningkat kepada 151.8 peratus pada Mac 2025 berbanding 151.4 mata pada bulan sebelumnya, berdasarkan laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100), Mac 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagaimanapun, indeks nilai seunit import mencatatkan penurunan 0.9 peratus daripada 128.1 mata kepada 127.0 mata. Namun, terma perdagangan Malaysia naik 1.2 peratus bulan ke bulan kepada 119.5 mata pada Mac 2025.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport meningkat 0.2 peratus pada Mac 2025 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh peningkatan indeks makanan sebanyak 1.1 peratus, diikuti bahan mentah tidak boleh dimakan (0.9 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.8 peratus). 

“Begitu juga, indeks volum eksport naik 15.9 peratus selaras dengan kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (28.8 peratus), barang-barang keluaran kilang (15.2 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (7.1 peratus). 

“Selain itu, indeks volum eksport pelarasan bermusim turun 1.0 peratus daripada 162.8 mata kepada 161.2 mata. Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit dan indeks volum masing-masing bertambah 1.3 peratus dan 5.4 peratus.

“Indeks nilai seunit import menyusut 0.9 peratus pada Mac 2025, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian sebanyak negatif 2.7 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (negatif 0.5 peratus) dan bahan kimia ( negatif 0.4 peratus). 

“Namun begitu, indeks volum import bertambah 7.6 peratus pada Mac 2025 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh peningkatan dalam indeks bahan kimia (17.0 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (10.0 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (8.6 peratus),” katanya dalam kenyataan. 

Tambahnya, indeks volum import pelarasan bermusim merosot 7.3 peratus daripada 208.7 mata kepada 193.4 mata. 

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import dan indeks volum masing-masing berkurang 2.4 peratus dan 0.5 peratus,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...