Home Ekonomi Hab PMKS Sabah pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang
Ekonomi

Hab PMKS Sabah pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang

Foto Bernama

PENAMPANG, 4 Mei – Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pertama di Malaysia Timur dilancarkan di Penampang, Sabah.

Hab berkenaan akan menjadi pusat sehenti kepada komuniti perniagaan dan bakal usahawan di negeri ini untuk memperoleh maklumat tepat, cepat dan menyeluruh mengenai bidang keusahawanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata hab berkenaan membuka ruang kepada usahawan PMKS Sabah untuk mendapatkan perkhidmatan maklumat berkaitan pembangunan keusahawanan, akses kepada pasaran dan pelbagai perkhidmatan lain ditawarkan.

\”Dengan pembukaan Hub PMKS ini di Sabah, saya berharap agenda kita (Kementerian) untuk menskalakan perniagaan daripada bersaiz kecil menjadi sederhana, yang bersaiz sederhana menjadi perusahaan besar. Justeru usahawan-usahawan PMKS di Sabah dan Sarawak tidak harus ketinggalan. Sebab itu pentingnya perkhidmatan kerajaan seperti ini, Hub PMKS dan agensi-agensi lain, yang menjadi pemboleh ubah kepada agenda ini, \” katanya selepas merasmikan hab berkenaan.

Dalam majlis tersebut Datuk Ewon turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 15 penerima bantuan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera di Sabah serta Anugerah Peserta Terbaik dan Rancangan Perniagaan Terbaik Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera bagi negeri itu.

Related Articles

Ekonomi

Airasia X gantung penerbangan Kuala Lumpur – Nairobi bermula 1 September

Foto Bernama KUALA LUMPUR, 3 Mei – AirAsia X Bhd (AAX) akan...

Ekonomi

KUSKOP pergiat usaha bantu usahawan PMKS tembusi pasaran antarabangsa

Foto Bernama PENAMPANG, 3 Mei– Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha membantu usahawan...

Ekonomi

Proton kembali ke Singapura, perkenal e.MAS 7 di The Car Expo 2025

e.MAS 7 di perkenal Singapura menerusi The Car Expo 2025KUALA LUMPUR, 3...

Ekonomi

Kongsi rezeki: Bank Muamalat hargai wira tak didendang

Program \’Kongsi Rezeki Bersama Hero Tanpa Nama\’ dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada...