Home Ekonomi GXBank Lancar Inisiatif \’GX Untuk Semua\’
Ekonomi

GXBank Lancar Inisiatif \’GX Untuk Semua\’

GXBank Lancar Inisiatif \’GX Untuk Semua\’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Ibu Pejabat GXBank pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank, hari ini.

Turut bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri), Menteri Digital Gobind Singh Deo (tiga, kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengarah GXBank Datuk Zaiton Mohd Hassan (tiga, kiri).

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PETALING JAYA, 2 Ogos (Livevartha) –GXBank melancarkan ‘GX Untuk Semua’, inisiatif yang bertujuan memberi tumpuan kepada memupuk bakat teknologi tempatan, membangunkan kecekapan teras dan amalan industri terbaik serta penyelesaian inovatif.

Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi terkini seperti penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI)untuk pengurusan risiko dan penipuan.

Pada masa yang sama, iajuga akan menggalakkan keusahawanan dan menyediakan peluang penyelesaian berasaskan teknologi untuk diterokai bagi keperluan kewangan digital masa depan.

Bercakap kepada pemberita pada pelancaran ibu pejabat dan Pusat Kecemerlangan GXBankdi sini hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata inisiatif GXBankitu dijangka membantu pertumbuhan ekonomi digital negara.

“Ini (inisiatif) merupakan suatu yang perlu kita pertimbangkan untuk maju. Ini boleh menjadi satu keperluan berdasarkan kadar perdagangan hari ini.

“Kami turut menggalakkan lebih banyak inisiatif yang memudahkan pembayaran digital,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menyokong usaha ini, yang akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem yang meningkatkan operasi digital.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....