Home Ekonomi Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia
Ekonomi

Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia

Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia

Kredit: Gotion High-Tech

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 22 Ogos (Livevartha) — Pembuat bateri China, Gotion High-Tech Co Ltd (Gotion) merancang untuk membina kilang pemasangan pek bateri di Malaysia bagi meningkatkan kehadirannya di Asia Tenggara, kata Naib Presiden Kanan dan Presiden Unit Perniagaan Asia Pasifik Dr Qian Cheng.

Bercakap kepada Livevartha di luar Persidangan Teknologi Bateri ASEAN kali kedua (ABTC 2024) di sini pada Khamis, beliau berkata projek itu kini di peringkat perbincangan namun enggan memaklumkan lebih lanjut mengenai butirannya.

“Sel bateri akan datang dari China. Buat masa ini, masih belum dimuktamadkan jadi saya tidak boleh mendedahkan banyak perkara,” katanya.

Syarikat itu kini mempunyai kilang pemasangan bateri di Indonesia dan Thailand.

Kilang sel bateri pertamanya di ASEAN, yang terletak di wilayah Ha Tinh, Vietnam, bersedia untuk memulakan pengeluaran pada Oktober.

Gotion juga mempunyai lapan pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia, termasuk di Lembah Silikon Amerika Syarikat dan Singapura.

Qian berkata pihaknya yakin dengan pasaran ASEAN, terutama dengan usaha pengelektrikan yang giat di rantau ini.

“Kami juga sangat berminat untuk mewujudkan kilang pembuatan sel di Asia Tenggara. Saya berpandangan kini adalah masa untuk Asia, terutama untuk rantau ASEAN,” tambahnya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....