Friday , 28 February 2025
Home Ekonomi Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia
Ekonomi

Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia

Gotion High-Tech China Rancang Bina Kilang Di Malaysia

Kredit: Gotion High-Tech

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 22 Ogos (Livevartha) — Pembuat bateri China, Gotion High-Tech Co Ltd (Gotion) merancang untuk membina kilang pemasangan pek bateri di Malaysia bagi meningkatkan kehadirannya di Asia Tenggara, kata Naib Presiden Kanan dan Presiden Unit Perniagaan Asia Pasifik Dr Qian Cheng.

Bercakap kepada Livevartha di luar Persidangan Teknologi Bateri ASEAN kali kedua (ABTC 2024) di sini pada Khamis, beliau berkata projek itu kini di peringkat perbincangan namun enggan memaklumkan lebih lanjut mengenai butirannya.

“Sel bateri akan datang dari China. Buat masa ini, masih belum dimuktamadkan jadi saya tidak boleh mendedahkan banyak perkara,” katanya.

Syarikat itu kini mempunyai kilang pemasangan bateri di Indonesia dan Thailand.

Kilang sel bateri pertamanya di ASEAN, yang terletak di wilayah Ha Tinh, Vietnam, bersedia untuk memulakan pengeluaran pada Oktober.

Gotion juga mempunyai lapan pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia, termasuk di Lembah Silikon Amerika Syarikat dan Singapura.

Qian berkata pihaknya yakin dengan pasaran ASEAN, terutama dengan usaha pengelektrikan yang giat di rantau ini.

“Kami juga sangat berminat untuk mewujudkan kilang pembuatan sel di Asia Tenggara. Saya berpandangan kini adalah masa untuk Asia, terutama untuk rantau ASEAN,” tambahnya.

Related Articles

Untung bersih Sime Darby Property melonjak kepada RM502.2j
Ekonomi

Untung bersih Sime Darby Property melonjak kepada RM502.2j

SIME Darby Property.PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatatkan...

Petronas tetap akan bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini
Ekonomi

Petronas tetap akan bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini

AMIR HAMZAH AZIZANKAJANG: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) akan tetap membayar dividen berjumlah...

Hong Leong Bank catat untung bersih lebih tinggi pada suku kedua
Ekonomi

Hong Leong Bank catat untung bersih lebih tinggi pada suku kedua

KEVIN Lam (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan Hong Leong Bank, Malkit Singh...

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas
Ekonomi

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas

Tengku Muhammad Taufik (tengah) menunjukkan laporan Keputusan Kewangan Kumpulan Petronas pada sidang...