Monday , 23 December 2024
Home Ekonomi Glomac catat hasil RM129.7j pada separuh pertama tahun kewangan 2025
Ekonomi

Glomac catat hasil RM129.7j pada separuh pertama tahun kewangan 2025

Glomac catat hasil RM129.7j pada separuh pertama tahun kewangan 2025

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac) mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 11.9 peratus kepada RM129.7 juta bagi tempoh enam bulan yang berakhir Oktober 2024, berbanding RM115.9 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan, pertumbuhan itu didorong oleh kemajuan pembinaan yang stabil bagi projek-projek yang sedang dijalankan. 

Glomac berkata, penyumbang utama termasuk Saujana Perdana serta dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi, Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences.  

“Kumpulan juga mencatatkan peningkatan hasil tidak diaudit kepada RM56.4 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM6.2 juta dalam suku kedua tahun kewangan 2025 (2Q FY2025), berbanding hasil RM55.8 juta dan PBT RM0.7 juta pada tempoh sama 2024.  

“Sementara itu, PBT melonjak kepada RM18.0 juta berbanding RM6.9 juta dalam separuh pertama tahun kewangan 2024.

“Prestasi kewangan yang lebih baik ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan hasil dan margin keuntungan yang lebih tinggi, hasil daripada sumbangan projek dengan margin lebih baik,” katanya.

Selain itu, kedudukan kewangan Glomac kekal kukuh dengan nisbah hutang bersih yang rendah pada 0.04 kali, disokong oleh dana pemegang saham sebanyak RM1,204.3 juta. 

“Tunai dan deposit kekal sihat pada RM218.0 juta setakat akhir Oktober 2024, menyediakan kecairan yang mencukupi untuk menyokong aktiviti pembangunan selanjutnya. Aset bersih sesaham kumpulan adalah RM1.57, dengan nisbah harga kepada nilai aset buku sebanyak 0.26 kali.  

“Dalam suku yang dikaji, Glomac mengisytiharkan dividen interim satu lapisan sebanyak 1.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2025, yang akan dibayar pada 30 Disember 2024. 

“Ini mengikuti kelulusan dividen akhir satu lapisan sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2024 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Glomac baru-baru ini,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, pada Ogos 2024, kumpulan berjaya melancarkan fasa pertama Serai@SBCR di Bandar Saujana Utama, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM71 juta, merangkumi 112 unit rumah teres dua tingkat. 

“Pembangunan ini mendapat sambutan luar biasa, mencapai hampir jualan penuh dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran. 

“Prestasi memberangsangkan ini mencerminkan reputasi kukuh kumpulan dan keupayaan terbukti untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi permintaan pasaran,” katanya 

Ujarnya, Glomac berada pada kedudukan yang baik untuk memacu jualan hartanahnya dengan barisan produk baharu yang kukuh untuk tahun kewangan 2025 bernilai kira-kira RM460 juta, merangkumi pelbagai jenis hartanah.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding...

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal
Ekonomi

Jualan kek bento ala Korea meningkat 20 peratus selepas peroleh sijil halal

NOR Hasheera Hanafi belajar membuat kek daripada ibu mertuanya.PETALING JAYA: Pengusaha bakeri,...

Ekonomi

Langkah interim BNM bantu imbangi kos penjagaan kesihatan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 22 Disember – Langkah interim yang diperkenalkan Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...