Home Ekonomi GLC,GLIC perlu bekerjasama tingkat ekonomi bumiputera
Ekonomi

GLC,GLIC perlu bekerjasama tingkat ekonomi bumiputera

GLC,GLIC perlu bekerjasama tingkat ekonomi bumiputera

NORSYAHRIN HAMIDON

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengajak semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berganding bahu bersamanya untuk menambah kapasiti dan prestasi ekonomi bumiputera.

Pengerusinya, Norsyahrin Hamidon berkata, sebagai sebuah badan yang bertindak sebagai ‘nexus’ (penghubung) antara kerajaan dan usahawan bumiputera, DPMM yakin mampu menggembleng aspirasi kerajaan melalui kerjasama strategik dengan semua pihak berkepentingan.

Katanya, DPMM percaya usaha meningkatkan kapasiti dan prestasi ekonomi bumiputera bukanlah sesuatu yang mustahil, tetapi memerlukan iltizam dan komitmen yang kuat.

“Sebagai contoh, pembelian produk dan perkhidmatan sokongan daripada komuniti bumiputera untuk kegunaan GLC, GLIC dan agensi kerajaan adalah satu langkah penting.

“DPMM mencadangkan inisiatif seperti ini diberi penjenamaan khas dengan nilai tahunan yang berpotensi mencapai berbilion ringgit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian berhubung teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar GLC dan GLIC memainkan peranan yang lebih besar dalam memacu pembangunan dan inovasi komuniti bumiputera.

Norsyahrin yang menyambut baik perkara tersebut berkata, teguran ini selaras dengan usaha merealisasikan objektif Putera35, iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Bumiputera 2035.

“Antara sasaran utama Putera35 adalah meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perusahaan bumiputera daripada 8.1 peratus pada 2022 kepada 15 peratus menjelang 2035.

“Bagi merealisasikan visi ini, DPMM telah menggerakkan inisiatif jangka panjang yang dinamakan Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) pada tahun ini.

“GEMA bertujuan memperkukuh hubungan simbiotik antara DPMM, GLC, GLIC dan sektor swasta demi manfaat ekonomi bumiputera. Tiga teras utama GEMA adalah Gerakan Penguasaan Perniagaan, Gerakan Kajian dan Penyelidikan dan Gerakan Pengukuhan Aspirasi Madani,” ujarnya.

Beliau berkata, DPMM yakin bahawa kerjasama erat dengan GLC dan GLIC mampu memberi nilai tambah kepada penguasaan ekonomi bumiputera khususnya, dan kepada ekonomi negara amnya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik

Sapura EnergyKUALA LUMPUR, 15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada...

Hextar World di Empire City dijadual dibuka suku keempat 2025
Ekonomi

Hextar World di Empire City dijadual dibuka suku keempat 2025

KETUA Pegawai Eksekutif NomNom Brands Sdn. Bhd., Tan Huang Ming; Pengarah Slope...

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...