Home Ekonomi GG56 Korea Labur US$1 Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia
Ekonomi

GG56 Korea Labur US$1 Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia

GG56 Korea Labur US Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia

ISKANDAR PUTERI, 21 Ogos (Livevartha) –GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Koreaakan melabur US$1 bilion (US$1=RM4.37) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.

Ini berikutan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) dengan Forest City Country, pemaju induk Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) yang membangunkan projek itumeliputi Studio Produksi K-Content, Daerah Kebudayaan Antarabangsa dan pembangunan kediaman bertaraf dunia.

Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof berkata MoA itu menandakan satu peristiwa penting dalam pembangunan berterusan di Forest City, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab global untuk inovasi, budaya dan pertumbuhan mampan.

“MoA ini bukan sekadar perjanjian rasmi, ia mencerminkan visi bersama kami untuk Forest City dan kami teruja untuk bekerjasama dengan GG56 Korea bagi merealisasikan projek-projektransformatif ini.

"Kita secara bersama-samaakan membina sebuah bandar yang menjadi bukti kepada inovasi, budaya, dan pembangunan lestari," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Md Othman bagi pihak CGPV manakala GG56 Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kim Young Kundan Chung Dong Wan, Pengerusi CMK Consortium iaituanak syarikat GG56 Korea.

Sementara itu, Kim berkata perjanjian berkenaan akan memberi peluang kepada syarikat dari Korea itu mencipta sesuatu yang luar biasa di Forest City.

“Melalui kerjasama dengan CGPV ini, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada pertumbuhan di Forest City dan menjadikannya sebagai destinasi global terkemuka,” katanya.

Forest City adalah sebuah projek perbandaran berwawasan di Johor Bahru. Ia dibangunkan untuk menjadi sebuah bandar pintar, hijau, dan lestari yang mengintegrasikan ruang kediaman, komersialdan industri dengan teknologi dan infrastruktur termaju.

Related Articles

Gaji rendah antara punca simpanan KWSP tidak mencukupi
Ekonomi

Gaji rendah antara punca simpanan KWSP tidak mencukupi

GAJI yang rendah di negara ini menjadi faktor utama simpanan KWSP tidak...

Kos pengambilalihan 31 peratus saham Affin dianggar RM1.76 bilion
Ekonomi

Kos pengambilalihan 31 peratus saham Affin dianggar RM1.76 bilion

PETALING JAYA: CIMB Securities menganggarkan bahawa kos keseluruhan pengambilalihan 31 peratus saham...

53,000 individu bawah 30 tahun tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion-AKPK
Ekonomi

53,000 individu bawah 30 tahun tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion-AKPK

Sehingga 2023, hutang isi rumah telah mencecah RM1.53 trilion, iaitu bersamaan 84.2...

Pendapatan 'e-dagang' Malaysia meningkat 7.8% pada suku kedua 2024
Ekonomi

Pendapatan 'e-dagang' Malaysia meningkat 7.8% pada suku kedua 2024

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Afandi...