Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi GG56 Korea Labur US$1 Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia
Ekonomi

GG56 Korea Labur US$1 Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia

GG56 Korea Labur US Bilion Di Forest City Bangunkan Bandar Budaya Korea Pertama Di Malaysia

ISKANDAR PUTERI, 21 Ogos (Livevartha) –GG56 Korea Ltd, firma pelaburan Koreaakan melabur US$1 bilion (US$1=RM4.37) di Forest City untuk membangunkan Bandar Budaya Korea yang pertama di Malaysia.

Ini berikutan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) dengan Forest City Country, pemaju induk Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) yang membangunkan projek itumeliputi Studio Produksi K-Content, Daerah Kebudayaan Antarabangsa dan pembangunan kediaman bertaraf dunia.

Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof berkata MoA itu menandakan satu peristiwa penting dalam pembangunan berterusan di Forest City, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab global untuk inovasi, budaya dan pertumbuhan mampan.

“MoA ini bukan sekadar perjanjian rasmi, ia mencerminkan visi bersama kami untuk Forest City dan kami teruja untuk bekerjasama dengan GG56 Korea bagi merealisasikan projek-projektransformatif ini.

"Kita secara bersama-samaakan membina sebuah bandar yang menjadi bukti kepada inovasi, budaya, dan pembangunan lestari," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Md Othman bagi pihak CGPV manakala GG56 Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kim Young Kundan Chung Dong Wan, Pengerusi CMK Consortium iaituanak syarikat GG56 Korea.

Sementara itu, Kim berkata perjanjian berkenaan akan memberi peluang kepada syarikat dari Korea itu mencipta sesuatu yang luar biasa di Forest City.

“Melalui kerjasama dengan CGPV ini, kami menyasarkan untuk menyumbang kepada pertumbuhan di Forest City dan menjadikannya sebagai destinasi global terkemuka,” katanya.

Forest City adalah sebuah projek perbandaran berwawasan di Johor Bahru. Ia dibangunkan untuk menjadi sebuah bandar pintar, hijau, dan lestari yang mengintegrasikan ruang kediaman, komersialdan industri dengan teknologi dan infrastruktur termaju.

Related Articles

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Saham KL susut diasak tekanan jualan, jejak prestasi serantau

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus...

Ekonomi

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus – DOSM

DOSMKUALA LUMPUR, 20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada...