Home Ekonomi Geopolitik reda, dorong pasaran saham global kembali rancak
Ekonomi

Geopolitik reda, dorong pasaran saham global kembali rancak

Geopolitik reda, dorong pasaran saham global kembali rancak

Pasaran saham global kembali rancak dimana faktor geopolitik yang sebelum ini membimbangkan kini reda, memberi keyakinan kepada pelabur / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Pasaran saham global kembali rancak dimana faktor geopolitik yang sebelum ini membimbangkan kini reda, memberi keyakinan kepada pelabur.

Ketua Perhubungan Pelabur MBSB, Azharuddin Nordin berkata keadaan tersebut sekali gus akan menarik aliran masuk dana asing, dalam negara.

Namun begitu, pasaran saham tempatan masih kekal berhati-hati minggu ini disebabkan sentimen pelabur menjelang pengumuman Belanjawan 2025.

\”Jika kita lihat dalam tempoh lima tahun sebelum ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) hanya naik purata 0.6 peratus pada minggu belanjawan, menandakan pelabur cenderung berhati-hati. Minggu ini, prestasi indeks komposit naik sebanyak 0.5 peratus, selari dengan trend sebelumnya,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Sementara itu, Azharuddin berkata mata wang ringgit masih mengekalkan kedudukannya sebagai mata wang terbaik di Asia dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat setakat semalam.

Walau bagaimanapun, dolar Amerika kembali menunjukkan trend peningkatan berbanding kebanyakan mata wang dunia, termasuk ringgit.

Ini disebabkan data ekonomi positif dari negara maju tersebut menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan tidak berisiko menghadapi kemelesetan.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...