Home Ekonomi Genting Culinary Classic 2025 tampil kehebatan chef tempatan di pentas antarabangsa
Ekonomi

Genting Culinary Classic 2025 tampil kehebatan chef tempatan di pentas antarabangsa

Genting Culinary Classic 2025 tampil kehebatan chef tempatan di pentas antarabangsa

JENNIFER Ong (tiga dari kiri) bergambar bersama maskot Genting Highlands, Tabby the Tiger dan Benny the Entertainer sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran Genting Culinary Classic 2025.-UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

PAHANG: Resorts World Genting (RWG) memperkenalkan Genting Culinary Classic 2025, satu pertandingan kulinari yang bukan sahaja memberi peluang kepada bakat tempatan untuk menyerlah, tetapi juga mengangkat industri gastronomi Malaysia ke peringkat global.

Pertandingan yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Jun 2025 di Genting International Showroom (GISR) itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-60 RWG. 

Dengan penyertaan dari pelbagai peringkat daripada tukang masak profesional hingga penggemar masakan, acara ini dijangka menjadi platform penting untuk inovasi dan kreativiti dalam dunia kulinari.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA), Jennifer Ong berkata, Genting Culinary Classic 2025 bukan sekadar pertandingan memasak tetapi pentas bagi para tukang masak untuk mencabar diri dan mempersembahkan kreativiti mereka.

“Ini adalah lebih daripada sekadar pertandingan kulinari. Ia adalah pentas di mana para chef boleh melangkaui batasan, menampilkan keunikan masakan mereka serta meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia.

“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai legasi bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga ke peringkat ASEAN dan Asia. Malah, kami yakin suatu hari nanti ia boleh mencapai tahap global. 

“Ini adalah peluang untuk para peserta. Cabar diri, cipta sesuatu yang baharu dan biarkan semangat serta kreativiti anda bersinar dalam setiap hidangan yang anda persembahkan,” katanya dalam ucapannya semasa pelancaran program itu di Resorts World Awana.

RWG bekerjasama dengan HAPA sebagai penganjur rasmi untuk memastikan pertandingan ini mencapai piawaian antarabangsa, dengan sokongan penuh daripada Tourism Malaysia. 

Selain pertandingan memasak secara langsung, program ini turut menampilkan sesi rangkaian bersama pemain industri, demonstrasi masakan oleh tukang masak terkenal serta peluang untuk peserta mempamerkan keunikan masakan Malaysia kepada pengkritik makanan dan pakar kulinari.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, penganjuran Genting Culinary Classic 2025 adalah sebahagian daripada komitmen RWG dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan gastronomi.

Menurutnya, sebanyak 20 finalis akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir berdasarkan kualiti, inovasi dan kreativiti hidangan yang mereka persembahkan.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Intan RWG, kami mahu memastikan bahawa acara ini bukan sahaja memberi impak kepada industri makanan dan minuman (F&B) tempatan tetapi juga membantu memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan kulinari.

“Lima pemenang utama bakal membawa pulang hadiah wang tunai, dengan juara kebangsaan menerima RM25,000 serta peluang untuk menampilkan hidangan mereka di rangkaian restoran bertaraf dunia di RWG,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...