Home Ekonomi Gaji Maybank terendah RM3,100 tidak benar, hanya RM2,370 – NUBE
Ekonomi

Gaji Maybank terendah RM3,100 tidak benar, hanya RM2,370 – NUBE

Gaji Maybank terendah RM3,100 tidak benar, hanya RM2,370 – NUBE

PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mendakwa gaji terendah pekerja Maybank adalah RM2,370.00 sebulan, lebih rendah daripada RM3,100 yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, kenyataan CEO Maybank adalah tidak tepat, mengelirukan dan tidak mencerminkan realiti sebenar di tempat kerja.

“Ini jelas lebih rendah daripada penanda aras gaji sara hidup. Kenyataan daripada CEO itu bukan sahaja mengelirukan, malah seolah-olah cuba menutup kebenaran bahawa ramai pekerja bank itu bergelut untuk memenuhi keperluan asas hidup,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kenyataan sebegini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi institusi kewangan, malah mampu menjejaskan imej kredibiliti institusi yang diketuai oleh pemimpin bank itu. 

Dalam pada itu, NUBE turut kesal dengan tindakan Maybank yang enggan menyalurkan bantuan kewangan perayaan kepada lebih 15,000 ahli kesatuan, walaupun sebelum ini bank tersebut sudah bersetuju.

“Alasan bahawa perjanjian tersebut tidak disahkan oleh Mahkamah Perusahaan adalah tidak munasabah. Di Indonesia, Maybank tidak mempunyai masalah untuk membayar bantuan yang sama kerana ia diwajibkan oleh undang-undang,” katanya. 

Selain itu, NUBE juga mempersoalkan tindakan pihak Maybank yang dilihat menjauhkan diri daripada berbincang isu taraf hidup pekerja yang wajar dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

“Sebelum ini, NUBE pernah membangkitkan isu gangguan seksual dan komen berbaur perkauman terhadap pekerja bank tersebut, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan.

“Sekarang ini pula Maybank melalui gabungannya dengan bank-bank lain, mahu membuang klausa dialog sosial daripada Perjanjian Bersama ke-20. Ini jelas menunjukkan bahawa Maybank tidak mahu berunding dengan NUBE mengenai isu taraf hidup pekerja yang wajar dan kebajikan pekerja di tempat kerja,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....