Home Ekonomi \”Friendshoring\” JS-SEZ Dorong Malaysia, Singapura Jadi Duo Kukuh Rantaian Bekalan Global
Ekonomi

\”Friendshoring\” JS-SEZ Dorong Malaysia, Singapura Jadi Duo Kukuh Rantaian Bekalan Global

\”Friendshoring\” JS-SEZ Dorong Malaysia, Singapura Jadi Duo Kukuh Rantaian Bekalan Global

Pemandangan sekitar Tambak Johor

(Gambar fail)

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.

(Gambar fail)

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mempunyai potensi yang diperlukan Malaysia dan republik itu memanfaatkan konsep “friendshoring,” amalan perdagangan dengan rangkaian rantaian bekalan tertumpu kepada negara yang dianggap sebagai rakan ekonomi.

Perkongsian ini menyasarkan untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan global dalam menghadapi persaingan kuasa besar dan ketegangan perdagangan yang menggugat ketidaktentuan ekonomi.

Walaupun JS-SEZ akan tampil sebagai zon ekonomi baharu di negeri selatan Malaysia, ia membolehkan kedua-dua negara berjiran itu meraih manfaat daripada lokasi kedua-duanya yang berdekatan, sebagai "duo (ekonomi) yang mantap" di rantau Asia.

Johor membuktikantelah menarik pelaburan besar bagi hab pusat data dan industri berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Kemasukan pelbagai pelabur secara besar-besaran, di samping kelebihan Johor yang mempunyai banyak tanah berbanding Singapura, telah menjurus kepada aspek yang disifatkan oleh penganalisis sebagai "ledakan" ekonomi dan persekitaran perniagaan yang berkembang pesat di negeri ini.

Ini sememangnya tidak mengejutkan memandangkan Johor mengukuhkandaya tarikan pelaburannya dengan mempergiat pembangunan infrastruktur, terutama hubungan antara ibu negerinya Johor Bahru dengan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, selaku tumpuan pelaburan utama.

Sebagai pemudah cara ekonomi, projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang dijadualkan bermula 1 Jan 2027, akan menjadi pendorong kukuh kepada JS-SEZ.

Ia dijangka menarik pelaburan dan kemudahan pengeluaran, mentransformasikan Johor sebagai pembekal rantaian nilai yang penting bagi pasaran global.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...