Friday , 20 September 2024
Home Ekonomi Fitch Mengesahkan Pengeluaran DCM Malaysia Kekal Pada Tahap Semasa
Ekonomi

Fitch Mengesahkan Pengeluaran DCM Malaysia Kekal Pada Tahap Semasa

Fitch Mengesahkan Pengeluaran DCM Malaysia Kekal Pada Tahap Semasa

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Terbitan pasaran modal hutang (DCM) Malaysia untuk separuh kedua 2024 dijangka sepadan dengan tahap separuh pertama, didorong oleh penyatuan fiskal kerajaan yang dibuat secara beransur-ansur, dengan defisit persekutuan diunjurkan susut dalam tempoh terdekat, kata Fitch Ratings.

Firma penarafan itu melalui satu kenyataan hari ini berkata rangsangan mampu dicetuskan daripada institusi kewangan dan terbitan korporat memandangkan mereka sedang berusaha untuk membiayai semula dan mempelbagaikan pembiayaan.

DCM Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus dari tahun ke tahunkepada US$550 bilion ( US$1=RM4.417) terkumpul pada penghujung separuh pertama 2024 selepas DCM menghadapi risiko daripada ringgit, kadar, turun naik harga komoditi dan senario geopolitik global, kata Fitch.

Terbitan DCM pada separuh pertama 2024 turun 8.3 peratus dari tahun ke tahun kepada US$45.2 bilion disebabkan oleh penyatuan fiskal, dengan defisit menjelang separuh pertama 2024 lebih rendah daripada separuh pertama 2023, dan kerajaan membuat sekitar 60 peratus daripada jumlah terbitan pada separuh pertama 2024 atau US$28 bilion, manakala institusi kewangan, korporat, kewangan projek, dan lain-lain memegang selebihnya.

Ketua Kewangan Islam Global Fitch, Bashar Al Natoor berkata sukuk berkemungkinan kekal dominan dalam DCM disebabkan ekosistem yang menyokong.

“Pelabur dalam DCM Malaysia adalah lebih pelbagai dan ini merangkumi bank, tabung simpanan termasuk pencen, tabung haji, pengendali insurans,takaful serta pengurus dana berbanding negara lain dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” katanya.

Firma itu memberi penarafan unjuran "Stabil” ke atas semua gred pelaburan dengan penerbit, sukuk Malaysia bernilai US$16 bilion.

Sementara itu, Bashar berkata ringgit yang lebih kukuh boleh menarik lebih banyak pegangan bukan pemastautin bagi bon kerajaan domestik.

“Kami menjangkakan faktor yang mendorong kejatuhan nilai ringgit, termasuk perbezaan kadar faedah negatif dan sentimen pelabur portfolio, menurun pada separuh kedua 2024,” katanya.

Related Articles

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13
Ekonomi

Kerajaan beri penekanan pembangunan AI dalam RMK13

TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) bersama Ketua Perangkawan Malaysia...

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah
Ekonomi

OPR dijangka kekal walaupun AS turunkan kadar faedah

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan OPR walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat...

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan...

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia
Ekonomi

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Foto LivevarthaBALI, 19 September- AirAsia akan memperluas laluan penerbangannya ke Indonesia. Menurut...