Home Ekonomi FGV Hasilkan Minyak Isirung Sawit Mentah Pertama Patuh EUDR
Ekonomi

FGV Hasilkan Minyak Isirung Sawit Mentah Pertama Patuh EUDR

FGV Hasilkan Minyak Isirung Sawit Mentah Pertama Patuh EUDR

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Nazrul Mansor (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 8 Ogos(Livevartha) –FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama yang mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Pencapaian ini merupakan sebuahlagi detik bersejarah buat FGV yang menjadi antara syarikat Malaysia terawal dalammenghasilkan CPKO patuh EUDR, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

CPKO digunakan secara meluas dalam produk-produk makanan dan penjagaan diri,termasuk ais krim bukan tenusu, marjerin, coklat, konfeksi, sabun mandi dan sabun cuciyang dihasilkan mengikut standard yang ditetapkan EUDR.

EUDR adalah rangka kerja perundangan yang bertujuan memastikan produk yang diimport ke negara-negaraKesatuan Eropah (EU) bebas daripada aktiviti-aktiviti penebangan dan kemusnahan hutan.

Keupayaan FGV untuk menghasilkan CPKO yang patuh EUDR untuk pelanggan-pelanggan antarabangsa jelas menunjukkan dedikasinya dalam menyokong piawaian kelestarian dan pematuhan perundangan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor berkata FGV memahami peranan penting yang perlu dimainkan oleh perniagaan dalam menangani cabaran alam sekitar dan sosial yang mendesak.

"Pengeluaran CPKO yang patuh EUDR menandakan lembaran baharu bagi operasi kami serta membuktikan dedikasikami untuk memenuhi piawaian alam sekitar dan sosial global yang ketat.

"Pencapaian ini pastinya akan memberi kesan positif kepada keuntungan kami dari masa ke masa dan mencerminkan pendekatan proaktif kami terhadap penjagaan alam sekitar serta komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan," katanya.

FGV memberi tumpuan kepada memperoleh tandan buah segar (TBS)daripada tiga sumber utama, iaitu ladang FGV, peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan ladang pekebun-pekebun kecil bebas yang mematuhi piawaian EUDR serta syarat kebolehkesanan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) atau Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...