Home Ekonomi FBM KLCI meningkat, dijangka cecah 1,800 mata akhir 2025
Ekonomi

FBM KLCI meningkat, dijangka cecah 1,800 mata akhir 2025

Foto kecil: Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Indeks utama FBM KLCI dijangka mempamerkan trend meningkat, mencecah 1,800 mata menjelang akhir tahun 2025.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata unjuran disokong beberapa faktor seperti pertumbuhan dalam pendapatan korporat dan dasar pelaburan progresif.

Selain itu, pemulihan dalam ekonomi global, seperti momentum ekonomi China lebih baik serta penurunan kadar faedah Amerika Syarikat, diramal mendorong aliran masuk pelabur ke pasaran tempatan.

\”Antara langkah yang boleh diambil untuk mencapai sasaran 2025, yang pertama dengan merangsang pelaburan asing. Maka, kita boleh lihat kerajaan boleh memperluas insentif untuk sektor teknologi, tenaga hijau dan juga digitalisasi.

Kedua, meningkatkan penyertaan domestik. Ini sangat penting kerana ia akan menambah kecairan dalam pasaran saham,\” kata Mohd Sedek kepada pemberita, hari ini.

Untuk menggalakan penyertaan pelabur runcit dalam pasaran ekuiti, beliau mengesyorkan agar program pendidikan kewangan digiatkan dan pengenaan caj lebih rendah bagi platform pelaburan digital.

Pada masa sama, Malaysia juga boleh memanfaatkan keahlian dalam beberapa perjanjian perdagangan serta menambah baik rangka kerja kawal selia untuk menarik lebih banyak pelabur.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...