Home Ekonomi Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar
Ekonomi

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga di Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, Puchong hari ini/Foto Livevartha

PUCHONG, 19 September – Pharmaniaga Berhad melancarkan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin yang pertama di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fasiliti membabitkan pelaburan kira-kira RM300 juta itu berkeupayaan mengeluarkan insulin dan vaksin untuk 13 jenis penyakit.

Katanya, usaha dibuat dengan kerjasama pemilik syarikat, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad.

\”Pharmaniaga adalah sebahagian daripada ekosistem dalam LTAT. Ini bermakna kejayaan Pharmaniaga akan membolehkan LTAT menerima keuntungan kerana modal datangnya daripada tabung pencen anggota tentera.

\”Tanggungjawab saya sebagai menteri untuk memastikan anggota tentera mendapat dividen yang baik setiap tahun,\” katanya ketika berucap merasmikan Fasiliti Pengilangan Vaksin dan Insulin di sini hari ini.

Tambah beliau, kejayaan pembukaan fasiliti ini adalah sejajar dengan komitmen LTAT bawah kerangka Ekonomi Madani.

ARTIKEL BERKAITAN:

  • Sarawak dan LTAT meterai MoU teroka potensi kerjasama enam sektor utama
  • Pharmaniaga sasar perkukuh kedudukan kewangan
  • Mohamed Khaled sedia beri kerjasama berhubung isu LTAT

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....