Home Ekonomi Fasa pertama perdagangan tenaga boleh baharu Malaysia ke Singapura bermula bulan ini
Ekonomi

Fasa pertama perdagangan tenaga boleh baharu Malaysia ke Singapura bermula bulan ini

Fasa pertama perdagangan tenaga boleh baharu Malaysia ke Singapura bermula bulan ini

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PERTRA)

PETALING JAYA: Fasa pertama perdagangan tenaga boleh baharu (TBB) merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura dengan kapasiti 50MW akan dimulakan pada Disember 2024, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Kementerian dalam kenyataan berkata, satu majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Ltd (Sembcorp Power) yang disaksikan oleh wakil kerajaan kedua-dua negara telah diadakan hari ini di PETRA.

Katanya, pembekalan elektrik hijau merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura yang julung kali diadakan ini adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.

“ENEGEM ini membolehkan perolehan dan pembekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik Malaysia ke Singapura dilakukan secara bidaan kompetitif. 

“TNB sebagai syarikat utiliti nasional akan membekalkan elektrik tersebut ke Singapura menerusi Syarikat Sembcorp Power dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada di antara kedua-dua negara,” katanya.

Kementerian berkata, bidaan menerusi ENEGEM adalah sebahagian daripada inisiatif PETRA di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBES RE) yang akan dilaksanakan secara berfasa.

Katanya, ini melibatkan jumlah kapasiti sehingga 300 megawatt (MW) dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada antara Malaysia dan Singapura.

“Pelaksanaan CBES RE ini adalah selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN, yang merupakan satu daripada agenda utama negara untuk kepengerusian ASEAN – Malaysia pada 2025,” jelasnya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...