Home Ekonomi EXIM Bank lancar Inisiatif Global Hijau dengan Dana RM1.5 Bilion
Ekonomi

EXIM Bank lancar Inisiatif Global Hijau dengan Dana RM1.5 Bilion

EXIM Bank lancar Inisiatif Global Hijau dengan Dana RM1.5 Bilion

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM dengan pembiayaan berjumlah RM1.5 bilion menjelang 2027.

Inisiatif tersebut bertujuan menyokong usaha syarikat tempatan mempercepat kelestarian alam sekitar, khususnya dalam sektor eksport.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu selari dengan misi ketiga Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, membantu syarikat tempatan mencapai standard Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

\”Cabaran utama adalah pembiayaan bagi kapasiti pembinaan dan pelaburan dalam peralihan industri ke arah kelestarian hijau. Inisiatif tersebut melibatkan tiga langkah transformasi untuk menyelaraskan syarikat dengan piawaian kelestarian global di pasaran antarabangsa,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Global Hijau EXIM di ibu negara.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...