Home Ekonomi Eupe Corp Jangka Projek Bangsar Jana GDV RM300 Juta
Ekonomi

Eupe Corp Jangka Projek Bangsar Jana GDV RM300 Juta

Eupe Corp Jangka Projek Bangsar Jana GDV RM300 Juta

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Beh Huck Lee – Kredit: Eupe Corporation Bhd

PETALING JAYA, 22 Ogos (Livevartha) — Eupe Corporation Bhd (ECB) menjangka nilai pembangunan kasar sebanyak RM300 juta menerusi projeknya di Bangsar, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Beh Huck Lee.

Menurutnya, melihat kepada situasi pasaran pada masa ini, beliau menjangka projek itu boleh dilaksanakan oleh kumpulan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Mei lepas, Eupe Corp berkata anak syarikatnya Eupe Bangsar Sdn Bhd (EBSB) memeterai perjanjian jual beli dengan MCL Land (Pantai View) Sdn Bhd untuk membeli tanah pegangan bebas kira-kira 1 hektar di Lot 51863 di ibu negara bernilai RM69.18 juta.

EBSB adalah anak syarikat milik penuh Eupe Kemajuan Sdn Bhd (EKSB). EKSB pula anak syarikat milik penuh ECB.

“Bangunan ini tidak terlalu tinggi. Oleh itu, kami sewajarnya dapat menyiapkan (projek ini) dalam tempoh empat tahun sebelum 2030," kata Beh pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Perolehan dan keuntungan sebelum cukai kumpulan itu masing-masing sebanyak RM340.2 juta dan RM57.8 juta, dengan peningkatan tahunan 68 peratus dan 56 peratus.

Sementara itu, Beh dalam kenyataan berkata tiga projek utama kumpulan pada masa ini iaitu Est8 @ Seputeh, Helix2 @ PJ South, dan Villa Natura di Kedah, hampir terjual sepenuhnya.

Menurut kenyataan itu, Circadia @ Belfield di Kuala Lumpur dan Edgewater di Sungai Petani, Kedah dijadual dilancarkan pada 2025 sekali gus masih kekal sebagai dua projek terbesar kumpulan setakat ini.

Beh berkata kejelasan pendapatan kumpulan yang kukuh adalah hasil daripada jualan sedia ada yang teguh, khususnya jumlah jualan hartanah yang belum dituntut, melebihi RM710 juta.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...