Home Ekonomi Enovix Dari As Rancang Labur Rm5.8 Bilion Di Malaysia
Ekonomi

Enovix Dari As Rancang Labur Rm5.8 Bilion Di Malaysia

Enovix Dari As Rancang Labur Rm5.8 Bilion Di Malaysia

Kredit: MIDA

KUALA LUMPUR, 8 Ogos(Livevartha) –Enovix Corporation dari Amerika Syarikat yang merasmikan kemudahan pembuatan bateri berkapasiti tinggi pertamanya (Fab2) di Malaysia hari ini, merancang untuk melabur US$1.2 bilion (RM5.8 bilion) di negara ini dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemudahan canggih ituadalah langkah besar bagi Malaysia dalam rantaian bekalan global untuk teknologi bateri maju, menonjolkan landskap pelaburan yang kondusif di negara ini.

"Ia juga memenuhi objektif Malaysiauntuk menarik industri berteknologi tinggi yang tepat bagi meningkatkan kerumitan ekonomi negara, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“Kami mengalu-alukan kemudahan baharu iniyang merupakan pencapaian penting bagi Enovixdan sangat menyokong matlamat NIMP dengan memupuk inovasi, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggidan memacu pertumbuhan mampan.

“Ini berupaya memposisikan Malaysia sebagai hab global untuk teknologi terkini,” katanya dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest-in-Penang Bhd dan Enovix hari ini.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata negeri ini mendapat penghormatan kerana dipilih untuk menempatkan kemudahan itu yang akan membawa kepada limpahan teknologi dan ekonomi bukan sahaja untuk Pulau Pinang tetapi juga bagi wilayah utara Semenanjung Malaysia.

"Majlis perasmian hari ini untuk kemudahan pembuatan berkapasiti tinggi pertama Enovix di Malaysia menandakan permulaan babak yang menarik bagi syarikat ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata pelaburan besar Enovix di Malaysia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan teknologi dalam tenaga kerja.

"MIDA berbangga menyokong Enovix dalam misinya untuk merevolusikan teknologi bateridan kami percaya kepakaran canggihnya akan memberi kesan berganda kepada ekosistem domestik kami.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...