Home Ekonomi Enam Syarikat Penerbangan Sambung Semula Operasi Di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Ekonomi

Enam Syarikat Penerbangan Sambung Semula Operasi Di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos

Enam Syarikat Penerbangan Sambung Semula Operasi Di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

SUBANG, 30 Julai(Livevartha) — Sebanyak enam syarikat penerbangan akan menyambung semula operasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor dengan menggunakan pesawat lorong tunggal pada 1 Ogos, 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.

“Operasi pesawat pertama ialah daripada Batik Air Malaysia yang dijadualkanberlepas 1 Ogos ke Pulau Pinang pada tengah hari dan ketibaan penerbangan Transnusa dari Jakarta yang dijadualkanpada 2 petang hari yang sama,” katanya pada sidang media selepas lawatan di LTSAAS yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Beliau berkata memandangkan lapangan terbang itu terletak di kawasan perumahan, operasi penerbangan akan bermula dari 6 pagi hingga 10 malam sahaja, tanpa penerbangan tengah malam.

Operasi pesawat lorong tunggal di Lapangan Terbang Subang disambung semula selepas semua operasi pesawat jet dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2002.

Beliau berkata lapangan terbang itu mempunyai keterbatasan dalam mengendalikan pesawat yang menggunakan kipasseperti turboprop, helikopter, pesawat ringan, pesawat tentera dan jet perniagaan.

“Selepas penambahbaikan untuk operasi jet sementara, tanjakan (apron) telah dikonfigurasi semula. Enam ruang parkir kini mampu menampung pesawat jet lorong tunggal termasuk Boeing 737 dan Airbus A320,” katanya.

Loke dalam pada itu berkata luas lantai kasar terminal meningkat sebanyak enam peratus dari 21,467 meter persegi kepada 22,674 meter persegi, dengan tiga sistem paparan maklumat penerbangan tambahan bagimenampung peningkatan kapasiti.

Related Articles

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion
Ekonomi

BizMatch MPOC catat potensi jualan RM1.24 billion

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengumumkan pembekal Malaysia mencatatkan...

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau
Ekonomi

Peraturan kendiri industri EV dan bateri tarik pelaburan hijau

HAIRIL Yahri Yaacob pada majlis pelancaran Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Elektrik dan...

Sand Town Solar syarikat bumiputera tunggal projek hijau MIDA 
Ekonomi

Sand Town Solar syarikat bumiputera tunggal projek hijau MIDA 

Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir. Guntor Tobeng (tiga dari kanan) ketika...

Cukai warisan untuk hartanah bernilai RM1 juta ke atas sahaja
Ekonomi

Cukai warisan untuk hartanah bernilai RM1 juta ke atas sahaja

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Cukai warisan boleh diperkenalkan semula dalam Belanjawan 2025, tetapi...